Pendaftaran Sekolah Murid-Murid Darjah 1 di Malaysia 2014/2015

Salam parents,

Pendaftaran Sekolah Murid-Murid Darjah 1 sessi 2014/2015 di Selangor, apa yang shonna faham, ianya boleh dibuat dalam 2 cara. Bagi ibu bapa yang mempunyai kemudahan internet, bolehlah membuat secara ONLINE. Manakala yang tiada akses internet, bolehlah mendapatkan bantuan dari pihak sekolah dgn membawa terus dokumen yang diperlukan. (List dibawah)

Actually bagus juga jika proses ini dilakukan secara ONLINE, dapat menjimatkan masa dan tenaga, kurangkan penggunaan kertas, elakkan kesesakan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Ini barulah work smart kan!!!

Untuk Pendaftaran secara ONLINE.
Ibu bapa dikehendaki membaca PENGENALAN SISTEM dan memahami semua kandungan di dalam TATACARA DAN PANDUAN untuk mengisi permohonan.

Semasa membuat PERMOHONAN ONLINE, pastikan semua kod dan maklumat adalah tepat untuk megelakkan permohonan ditolak atau gagal. Setelah lengkap, slip permohonan perlu diCETAK dan perlu dibawa ke sekolah bagi tujuan mengesahan Perakuan Permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan bersama-sama senarai dokumen (asal dan photostat) yang di pinta seperti:
  1. Cetakkan borang pendaftaran online
  2. Bil (telephone/air/letrik) daripada alamat rumah yang didiami
  3. Surat beranak/Sijil kelahiran anak yang didaftarkan
  4. Kad MyKid
  5. Kad pengenalan ibu bapa
  6. Sijil perkahwinan
SEMAKAN STATUS PERMOHANAN boleh dibuat dari masa kesemasa. NO PIN yang diberi perlu disimpan bagi tujuan semakan dan kemaskini profill/permohonan.

Graf dibawah, shonna visualkan supaya uolls nampak flow/standard operation procedure (SOP) nya. Kalau salah minta diberitahu kay. Hehehheee... 

Register murid sekolah darjah satu
Module dalam Aplikasi ESPP Selangor
Segala maklumat diatas berdasarkan kefahaman shonna jer, jika ada tersilap sila inform tuan punya blog ye. Maklumat terkini dan terperinci untuk pendaftaran perlulah disemak di lama web eSPPSEL SISTEM PENGURUSAN, PERMOHONAN DAN SEMAKAN MURID TAHUN 1, NEGERI SELANGOR.

p/s: Shonna dah daftar si bongsu. Link disini.




TADIKA: Terbaik untuk anak VS poket mak bapak.

Salam selasa buat kowang,

Hari ni nak story sket pasal tadika / kindergarten. Kalu kita ade anak yg nak masuk tadika, confirm kepala kita mula nak migrainkan? (kalau shonnalah ye, org lain tak taulah pulak, maybe segenlintir ok je la kut) Mana taknye, fees depa nie mengalahkan budak nak masuk university kan? Itu yang mak shonna ckplah. Terperanjat btul dia, bila dgr fees cecah ribuan ringgit nie. Dulu time anak dia, masuk tadika perpaduan jer. Free ajer, jadi gak manusia. Katanyalah.. hehehehhee.

Yang lagi x brape best tuh, fees utk awal2 tuh dahlah ribuan RMkan, pastu monthly fees ada yang nak cecah RM400? buat duit btul depa nie.

Tapi zaman sekarang nie, nak masukkan tadika perpaduan or seangkatan dgnnye, gaji mesti tak lebih dari sekian2lah, itulah, inilah. Aduhai, lama2kan rasa duit gaji kita nie macam dah takde value jer, keshian kt kita yg hidup biasa-biasa je ni.. lagi keshian kat mereka yg susah.

Nak cari yang terbaik utk anak vs yang terbaik utk poket mak bapak dia. Yang mana jadi pilihan?  Kalau boleh nak htr gi tadika yang bagus sejajarlah dgn duit yang kita keluarkan kan? Ini utk anak shonna yang ketiga. Abang dan kakaknya dulu kami htr di Tadika Sempurna, Gombak. (time ni duk umah MIL kat tmn berjaya) Kat sini mmg terjamin bermutu dan takdelah mahal sgt. Tadika nie dari zaman sepupu2 mereka dedulu lagi. mmg shonna syorkan korang htr anak2 kat sini.

Now kami berpindah ke Sri Kembangan, tmpt baru, so tak braper tahu sgt ttg tadika2 kat area sini. So last year, start November dah survey beberapa tadika dari website. Mmg list yang teratas ialah tadika2 yang gah nama nya, seperti Smart reader, Genius aulad, CIC, Brainybunch, Qdees dan sebagainya. Ada byk pro & con, cuma perlu tepuk dada, tanye poket. kakakakaa..

Ada jugak kami ke open day mereka, mula2 rasa macam ok jer nak htr kesana, tapi bila timbang2 semula macam tak jadi pula. Ini antara faktor2 yang perlu uoll kisahkan ialah:

1. Module pembelajaran
2. Masa belajar
3. Yuran pendahuluan
4. Yuran bulanan
5. Transpotation pergi balik


1. Module pembelajaran
Kita kena pastikan sesuai utk anak2 kita. Kang htr yg std international school, mak bapak ckp minang je kat umah, tak sesuailah pulak. Tapi byk sekarang yg medium english, english mmg pentingkan? walaupun utk UPSR BM kena score 2A dari english 1A jer. Yang penting ada belajar Iqra', solat, English, Bahasa Melayu, Maths & Art pun dah cukup. Bahasa mandarin/tamil kalau ada, extra bonuslah utk mereka.

2. Masa Belajar
Bab ini kami mmg nak puas hati, takmolah masuk belajar pkl 9, balik pkl 11.30. braper jam sgtlah mrk belajarkan? 2.5 jam (time makan+dtg lewat+kacau kawan+nyanyi)? cukup ker kalau byr sebulan RM400? hehehhe  Sbb nnt petang depa ada class petang pulak. So carilah yang masuk awal dan balik selewat yang boleh. Sebabnya budak2 kecik nie, mereka boleh terima pelbagai-bagai jenis ilmu. So carilah start 7.30 - 8.00 am sampai 12 - 1pm. 

3. Yuran pendahuluan
Pastikan dah siap2 kumpul awal. Maybe budgetlah dalam 1K-2K, kalau dah tau ada anak nak masuk tadika, duit bonus tuh simpan awal2, jgn joli katak... hehehhee. Kalau yang x pernah dpt bonus macam mama shonna nie, pakai jelalah duit laki. (tips berguna nie)

4. Yuran bulanan
Pastikan yang ade dlm budget kita setiap bulan. Kalau rasa mampu RM150 sebulan, jgnlah pi pilih tadika yang RM350 sebulan. Kang tak pasal2 kowang buat hutang dgn credit card, ini hutang JAHAT namanya. Dan perlu ingat walaupun cuti sekolah, yuran bulanan tetap kena bayar. Ini berkaitan isu maintance mereka, macam sewa tadika/gaji guru dan sebagainya.

5. Transpotation pergi balik
Kalau duk KL dan Selangor, nak2 tgh2 bandar. Harga minyak mereka tak sama, so kalau dulu mak duk gombak, bayar duit bas cuma rm50 jer.. bila duk sri kembangan dia jadi RM150. Sbbnye mereka nie pakai minyak gred AAA. tak gitu? Yang inipun sama, sekolah ker cuti ker bulan2 mau kena byr. So ade baiknye pilihlah tadika yang dekat ngan umah/taska anak2 kowang.

Itu antara faktor yang kami amibil kisah. Hopefully membantulah serba sikit. Apa-apapun pilihan ditangan anda, ada duit semua boleh dpt yang terbaikkan dan dpt buat yang terbaik utk anak-anak.  Cuma kita bukan semua nya senangkan. Cuma kita sebagai ibu bapa, akan buat terbaik mengikut kemampuan kita sendiri. Huhuhuhhhuuu...

Last sekali, kami htr dia ke Tadika Sri Ara, di LP 8, Sri Kembangan, betul dekat dgn rumah kami. Yuran yang berpatutan dan apa yang kami mahukan semua ade disini.

tadika sri ara puncak jalil
Every friday are Taekwondo day!!! yippie!! 

Nanti shonna share ttg info tadika Sri Ara dan aktiviti2 nya.

Day 1: Company Trip to Bali, Indonesia.

Salam, kali ni shonna nak citer sket pasal company trip ke Bali, Indonesia. This trip organized by company hubby. Travel agent yang dilantik semestinya POTO travel & Tour. Kami ke sini selama 4 hari 3 malam. Sangat-sangat menarik tempatnya, sapa tak kenal BALI kan? Begitu indah Bali ciptaan yang Maha Esa, 

DAY 1...

Bali, lcct airport, poto travel
At LCCT Airport
Day 1: Seawal pagi kami berkumpul di LCCT, airport. Oh Yg menghantar kami ke airport ialah syarina emma yg comel. Thanks ye!! Sarapan disediakan oleh POTO travel, sandwich & air. Cukup utk mengalas perut dlm flight. Ohh ye, 2 week before, kami telah diberi sorang selai t-shirt n beg. So hari ni, kami mmg seragam, tak kiralah Director ker atau pun driver, kami sama ajer!!

Bali, Pawon Pasundan, Travel Bali
At Pawon Pasundan, Bali Indonesia
Sesampai di Bali Airport (Denpasar), segala beg terus dibawah ke hotel. Manakala kami terus ke kedai makan "Pawon Pasundan" untuk mamam dulu. Perut dah lapo sgt2. Untuk info kowang, agama rasmi disini ialah buddha, tapi jgn risau sbb ade byk makanan islam disini.

Pawon Pasundan, Bali, Poto travel, Makan di Bali
Ikan terbang
 Ini antara makanan yg dihidang. Ada ikan, nasi, sambal, sup sayur. Food lebih kurang kat malaysia ye. 

Uluwatu, Bali, Indonesia
Uluwatu signboard
Lepas makan, kami dibawa ke Uluwatu. Kat sini, utk yg bercermin mata, kowang kenalah bukak. Sebabnyeeeeeeee.... kera-kera kat sini sker sgt ngan benda2 yg camtu. Sampai ada sowang dari kami, cermin matanya telah dicabut terus dr muka tau... pastu lama sket, dia baling semula... shian, patah terus kacamatanya. Pengajaran utk kowang yg akan ke sini ye.

Uluwatu, Bali, Indonesia
Uluwatu, Bali
Wow, tinggikan... gayat jugak tau kat sini.

Uluwatu, Bali, Indonesia, Proto travel
Uluwatu, Bali
Kalau bawak anak2, kenalah berhati-hati sket.

Uluwatu, Bali, Indonesia, Proto travel
 Tara!! comel tak? hahahhahaa

Cultural Park, Bali Indonesia
Cultural Park
Next, kami ke Cultural Park. Tempat nie sgtlah luas, disini byk patung2 bersize besar dan masih belum disatukan lagi. Kiranya kepala tempat lain, kaki, tangan semua lain2. Masaklah nnt mereka nak cantumkan semuanya. Hehhehehee...

Cultural Park, Bali Indonesia
Kisah Garuda
Mengikut lagenda kat Bali ni, byk btul citer2 mitos mrk. Yang ini kisah Garuda, anak lelaki dari Winata berperang sekuat tenaga utk memperolehi Tirta Amertha utk membebaskan ibunya dari 1000 ular naga. Namun utk mengelakkan pertempuran yg panjang, akhirnya garuda bersetuju menjadi burung tunggangan Dewa Wisnu utk membebaskan ibunya.

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel
Dewa Wisnu
 Smile!!!

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel
 Inilah kepala garuda yg telah disumpah menjadi burung tunggangan Dewa Wisnu.

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel
Free performance
Setelah berjalan agak jauh, akhirnya kami dibawa menyaksikan persembahan KECAK dan Balinese performance.
Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel, Kecak

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel, Kecak
 Nampak jelaskan muka masing sgt2 penat dan berminyak2 sudah!!

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel, Kecak
Dinner time
 
 Akhirnya sampai gak hotel kami...

Dan Izz takmo mandi, dia nak tidur terus. Penat katanya... hehehhee... mak dia mana bleh tido, nak unpack semua brgkan. Nasiblah ye...

Cukuplah entry utk day 1 di Bali, will continue part 2 later ye... bubaiii!!

Please apply leave on this friday, 25th January 2013!!


Sogo
Hahahahha, wanita, perempuan, mama, emak, ibu, kakak. adik... memang sinonim dengan SHOPPING..  jom cuci mata dulu sebelum apply cuti on Friday nie ye.. 


TimeTable Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium, Seri Kembangan

Salam, shonna baru jer selesai siapkan timetable sekolah anak yang pertama. Ada satu lagi jadual dia yang tak sempat nak buat hari nie, insyaAllah minggu nie jugak mama siapkan, yang tu jadual hariannye.. dari subuh sampailah time tido. Kami dah draft bersama-sama, cuma tak sempat nak buat cantik2 then print & tampal dlm bilik study mereka nie.

So kalau anak uolls sama class, 5 Cenderawasih dan dari Sekolah Kebangsaan Desaminium, mehlah download terus k. Buat masa nie, jadualnye masih seperti dibawah.

Jadual waktu persekolahan sekolah kebangsaan Taman Desaminium
Timetable sekolah keb Taman Desaminium, Seri Kembangan, Selangor - 5 Cenderawasih.


Jadual waktu
Timetable Free


Yang ini pulak timetable free kalau kowang nak download, version yang cantik jelita pulak, next timelah shonna upload ye..




Air Asia Free Seat!!

vd
Hi there, lets try our luck tonight!!!

Free seat
Add caption

Add caption

Waiting for redeem BIG POINT... 



Short Break at Grand Season, KL

Grand Season Kuala Lumpur fgHi everyone!! Hows your weekend?  Sure seronok membuat laundry, lipat kain, gosok baju bagaikan.

Macam shonna lak, early last week lagi dah dpt message dari MIL, dia nak sponsor hi tea & overnight kat grand season hotel. Saja2 katanya utk gathering dgn cucu-cucu & anak menantu dia. Dia pun sedia maklum cucu-cucu nye kaki berendam dalam swimming pool. 

Kalau gathering kat umah dia, kami sedia maklum, aktivitinya hanya makan, dan makan lagi sambil berbaring tengok tv. Pastu tidurrrrzzz. Bangun masih ada makanan baru yang dimasak, then makan lagi. Bertuah punya menantukan? bukan tolong masak, tolong buat taik mata jer.

Cuma satu jer yang pasti sama, tak kisah gathering kat mana-manapun, iaitu gossip + gossip, update cerita-cerita sensasi dan sebagainya. kekekkekeke... tak kisahlah citer artis ker, si kiah ker, citer si tipah ker kan? hehehhehe. Sure kowang pun samakan.

Berbalik pada tajuk tadi, so seawal pagi dah buat laundry & buat breakfast. Pas makan baru ler packing barang terus ke Grand Season. Sesampai jer terus Season Cafe utk makan, perut memasing dah berkeroncong. 


http://www.grandseasons.com/content/content_3580_2.jpg
Hi-Tea Grand Season Kuala Lumpur disini dalam RM40++ promotion dari pukul 1pm - 5pm. Food yang sangat sedap. Sangat-sangat berbaloi kalau uoll nak pergi.

 Ini antara food yang ada.

Mee udang
 Mee udang yang sedap!

Kuih muih
 Cakes & Kueh

Rojak buah
 Rojaks pun ada, byk lagi food dia. Tak termakan sbb duk borak2 dan bergambar ajer.



 Hall dalam bilik.

 Room

 Bathroom yang selesa jugak.

Izz & Muaz yang sangat comel. 
Swimming pool kat sini besar & ada jacuzzi tau. Dan best sangat sebab tak ramai orang. Bolehlah kami berendam sampai ke malam. Buka dari 8 pagi hingga 8 malam.

Jacuzzi time. Uncle Hakim mereka bersama Farris & Qistina.
Grand Season Kuala Lumpur
Add caption

Short gathering yang menarik gak, nextime boleh pergi lagi. Thnks kat penaja iaitu MIL i. Muah.. muah..

Event: Majlis Aqiqah - Izz, Kesyukuran - Farris & Qistina's Birthday

Salam Jumaat my dear prens. Wah hati memasing berbunga2 bila hari jumaatkan? sbb utama nya esokkan saturday... cuti, bleylah berehat sepuas-puasnye. 

Today nak share sket majlis akikah yang telah berlangsung couple years back kut... kakakkaa (sib baik bukan 10 tahun lepaskan?) Citer pun dah basikan? Cuma buat mummy2 diluar sana yang nak mencari idea event2 camnie.. bolehlah mengambil ideanye.

Kalau event2 sebegini, selalunya shonna akan buat preparation 1-2 month before event.
Antara benda-benda penting yang kena fikir ialah:
1. List makanan yang perlu dihidangkan
2. List jemputan
3. Catering atau nak masak sendiri
4. Thema/Concept yang bersesuaian.
5. Tempahan khemah mengikut warna thema
6. Prepare invitation card and deco
7. Preparation kueh mueh/air yang boleh dibuat sendiri.

 Ini antara cake dan cup cakes utk besday Qistina yang ke 7.

 Qistina and cupcakes yang mama dia buat sampai mata jadi panda pagi tuh.


 Jemaah surau yang hadir utk doa selamat dari surau berdekatan. 

Kowang boleh ngk deco on table, simple jer shonna buat, create banyak2 pom-pom flower (yang ini shonna akan buat satu N3 nanti) letak dalam balang jem yang kosong ikat reben cantik2. Then masukkan byk2 lidi satay tuh bagi tak nampak kosong sgt. (gambar lupa nak amik, boleh?? hahahah). Time ni takde photographer, nak harap mak sowang, pengsanlah tgh2 majlis nantikan. Satu hal lagi lak nak diuruskan. hahahhaa.. 

Untuk majlis ini, belon tak byk digunakan. Cuma shonna pilih belon2 yang ikut warna thema, diikat pada batang belon, then masukkan jer dlm pasu/tempayan, so nnt kanak2 boleh ambil sendiri. Kalau nak gantung2, tak sesuai lah pulak sbb pagi tuh ade doa selamat dan bacaan yassin.
Neighbor and qistina's friends.  


Cake pun dah cairkan...

Mama yang keletihan dan Izz yang tak sabar nak bukak hadiah yang confirm bukan hadiah dia. Majlis dari pagi pkl 10 sampai majlis qistina sampai ke malam, semua org pun letih.. letih makan.. makan.. dan makan..Thanks pada all relative yang sporting dan byk menolong.

Oklah, mailah kowang cuci mata ngk kad2 yang dibuat khas utk event ini. Shonna buat simple jer. Ada 2 invitationkan? So shonna tampal 2 kad nie kat lidi satay jadi macam lollipop, pastu ikat jer ngan reben. Senangkan? 
 Tara!!!... This is invitation card for Majlis Akikah (Izz Mirza razin)
dan Majlis Kesyukuran (Farris Danish) - berkhatan.

And Qistina's birthday card!!

Thanks Note for goodies bag.

Ok, yang ini kalau kowang berkenan, bolehlah guna pakai semula. Takdele cantik mana nak compare dgn otai2 designer diluar sanakan. Copy, then typelah nama kowang kat atas tuh. Akhir sekali print. Kalau tak reti jugak, mak design, kowang bayar k. hehehhehee..

 Tapi pastikan credit tuh janganlah di buang ye. Shianlah kat mak yg montel nie, nanti kurus makan nasi lauk hati goreng hari2 pulak.

 Freebies!!
* pls do not delete the watermark 

 Freebies!!
* pls do not delete the watermark 

Oklah, jumpa di lain entry. 

shonna: Rindunya nak buat besday party lagi. InsyaAllah on March nanti.

Cuti Makan Angin (February 2010)



Seronot rasanya dapat melepaskan penat lelah bekerja.. bila dapat bercuti panjang dengan family.. exspecially ngan anak2 yang makin membesar. Destinasi kali nie, hanya ke Langkawi. Tiket flight beli bulan 6 tahun lepas.. (lama giler.. sib baik waras lagi.. kalau tak waras sure hilang ingatan) Hotel pun booking online (jimat gak.. buy one free 1 nite) Semua entrence tiket2 tmpt2 yg nak g pun mama da booked kat matta fair bulan 9 tahun lepas (mmg ibu yg prihatin ttg kewangan rumahtangga kan?)

Day 1: Sampai LCCT pkl 12.30, flight bertolak ontime 2.30 pm. Sib baik uncle Tengku tak kena tinggal. Mau taknye 2 suku baru sampai LCCT. Sesampai Langkawi Airport, meet uncle Aiman tuk amik keta sewa. Singgah Helang hotel, dropkan brg terus gi Underwater World.
Underwater World terletak kat Pantai Cenang. Byk betul penguin dalam ni. So satu tmpt wajib datang kalau u all ke Langkawi.
Malam makan kat area Cenang, pastilaa kena makan seafood bakar. Memang berbaloi n murah gak!
Day 2: Seharian di Pulau Payar.. jauh gak pulau nie... 1 hour dr jetty langkawi. Pastu kena naik bot utk ke pulau. Lunch disediakan. No Syampu No Soap here!! nanti coral died!! Memang best nengok ikan n coral kat sini.. kalau g jauh2 sket sure lagi meriah.. Ini nak gerak tengah sket si Farris n Qis sebuk nak ikut, bila daa kat tgh.. nak balik ke darat... huhuhuuu.. Yang best tuh.. farris kena gigit ikan... hahahhaa...
to be continue... day 3, 4...

Desktop Picture Nov 15, 2009


Desktop background terkini,
Gambar raya 2009...
Photoshoot di Erman's Studio, Melawati.
Papa: Lebih comey berambut panjang... (rambut dia daa pendek laa nie, nyesal g potong!)
Mama: Masih tak kurus, w/pun on diet. (diet tipu nie! hahaha)
Farris: Terpenyek kepala, maintain senyum kambing dia..
Qistina: Paling photogenik/gedik.. gaya bersahaja!
Izz' Mirza: Blur.. apa aku buat nie? Layan jelaa...
shonna: percaya ker desktopku sebersih ini?
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...