Showing posts with label Tadika Sri Ara. Show all posts
Showing posts with label Tadika Sri Ara. Show all posts

Tadika Sri Ara 10th Annual Sport Day, 27th April 2013

Assalamualaikum wbt...

Masih ingat lagi tak tentang invitation card dari Izz' Mirza Razin? Ha.. so sabtu lepas kami ponteng sekolah sebab nak tengok Izz bersukan. *kami - merujuk kpd Farris Danish & Qistina Qaisara. Alasan tak pegi sekolah, sebab dah rendam kasut since Friday night. Bijak kan? Yang bestnye, dgn kasut2 Izz pun mereka rendam, nak bersukan camner pagi esoknye? Tragis betul! Kalau terperasan malam jumaat tuh takpe gak, ini terperasan time pagi2 buta tuh.. Nak keringkan camner gaya nye? Uwaargghh... mama dia pulak rasa nak nangis! So abaikan, kita pakai kasut apa yang ade...

"Tadika Sri Ara 10th Annual Sport Day" bermula dalam jam 8.30 jugak, menunggu student & parents yang lewat sket. Biasalah hari cutikan, mana nak awal. Shonna pun hampir2 terbabas pagi tadi.

Bermula dengan acara perbarisan rumah merah, hijau, biru dan kuning. Alah, comel-comel nyer nengok murid-murid berkawat. Cuba kalau mak-mak yang berkawad, confirm lagi kiut! Di ikuti dengan persembahan dari pelajar yang berumur 6 tahun, Taekwondo Club dan acara sukan dari umur 3-6 tahun. Jom layan gambar yang shonna & Mr hubby sempat rakamkan.

Respect lah kat pembaca ikrar dan semua peserta yang berkawad dgn bersungguh-sungguh. (takut kena jerit ngan principle ye?.. kekkeke)
Persembahan dari semua murid sambil menyibarkan bendera malaysia.
Taekwondo Club show dari murid 6 tahun.


Oh ye.. kalau ada anak-anak yang nak join kelab Taekwondo disini, bolehlah call 012.3751139, mereka akan adakan kelas setiap hari jumaat malam.
Registration/Yearly Fees: RM50
Uniform: RM80.00
Monthly: RM50
Time: Every friday (8.00pm - 10.00pm)

Yeay... acara sukan dah bermula!!

Isi air luar dalam botol. Siap ada yang dah training dari rumah. Cayalah! Tapi bukan anak shonna lah.. Anak jiran punya jiran punya belakang rumah!. hehehhee... 

Musical chair time!
Sangat cemas tau time musical chair nie... tapi yang cemas tuh bukan budak-budak, tapi mak bapak mereka.. Boleh tak? Kekekkekekee... lawak betul time ni, mak bapak yang over okay!

Acara buka dan pakai kasut. hehehhehe...
Izz' Mirza Razin and Ilhan.
Posing time!!
Parents games, bola-bola beracun. Ada 2 biji bola tau, suspen betul games ni, mendebarkan juga.
Ini acara paling tragis kan Izz. Nangis sekuat hati.
Trophy lagi.

Goodies bag! Mama sker, bley makan byk2!
Untuk elakkan dia nangis bagai nak rak, baiknya mama pun duduk sama.

Yeay... mama menang gak! 3rd place. Jadilah dari takde. Inilah teacher Puspa!
Dibelakang ialah teachers yang bertungkus lumus menjayakan acara sukan kali ke sepuluh ini.

Sport Day Tadika Sri Ara, Lestari Pardana, Seri Kembangan
Finally, nak juga dia bergambar kenangan dengan trophy yang telah dimenangi. Puas den pujuk! adehai..
Shonna: Letih betul tapi puas melayan karenah anak2 yang kadangkala menduga kesabaran kitakan.

Dear Mummy & Daddy... by Izz Mirza

Assalamualaikum wbt...

Semalam, balik keje agak lambat. Normallah kalau keje di dalam KL, asal hujan, jalan raya mesti extraordinary punya jammed! So lepas jemput anak, terus ke kedai mamak utk makan malam. Takmo masak saya ker malam nie? Tanya ayam dalam fridge. Kau duduklah bertapa lama sket, perut mak dah tak tahan lapar, jawap ku selamba! Hope si ayam tak berkecil hati. Patut memang turn kena masak dia semalam. Tundalah ye.

Perbualan dalam perjalanan ke kedai mamak Marissa,
Izz: Mama, Izz ada hadiah nak bagi mama dengan papa. 
Mama: Wah best nya, Izz beli apa untuk mama? 
Izz: Mana ada beli apa-apa, duit Izz semua kat dalam bank mama.
(hehehehe, takutnya dengar statement itu! hahahhaa) 
Mama: Habis tuh hadiah apa? 
Izz: Tak boleh cakap, nanti kat rumah izz bagilah! 
Mama: Tak sabarnya mama nak balik rumah.

Usai makan dan sampai dirumah, dengan tak sabarnya dikeluarkan hadiah yang diceritakan tadi dari beg sekolahnya, sekeping kad. Shonna sangat suka dan terharu. Ingatkan mama dia jer pandai buat kad, rupanya si kecik ini pun dah mengikut langkah mama dia. (cewah, statement tak sedar dirikan)

For me, sangat comel dan simple! Yang terperanjat ialah penggunaan warna, agak bijak juga, contoh seperti tulisan mestilah berlatar belakangkan warna yang cerah dan tulisan warna gelap. So ada contrast disitu. Warna-warna ditepinya, adalah warna-warna yang gelap, memang menonjol tajuk kad tersebut.

So memang kena puji banyak2, sebab budak-budak memang suka dipuji. Lagi-lagi kita nampak dengan jelas effort yang dia telah berikan, tak kira sebanyak mana. Kalau puji yang kecil nie, kena jugak puji yang abang dan kakaknya, nanti ada yang terasa hati. :P

sport day, sports day,
Ist Invitation Card: 1oth Annual Sport Day, Tadika Sri Ara, Seri Kembangan.

Sport day, Sports Day
Macam tulis dalam buku tulis, dari atas ke bawah. Kena ajar buat layout dari mama ye.

Ok tak kad yang julung-julung kalinya dibuat oleh adik Izz Mirza Razin nie? Takdelah hebat manakan, mama dia jer yang teruja sakan. :P Hehehehheee...

Nanti Izz dah besar, tengok balik kad ini, mesti dia tanya? Ini kira best ker mama? Sebagai seorang ibu atau bapa, apa saja benda yang baik yang anak-anak mereka lakukan mestilah dipuji. Begitu juga sebaliknya, mesti diberitahu dan dibaiki. Supaya anak-anak mama dan papa akan lebih berusaha dalam apa jua yang dilakukan. Faham tak Izz, Qis dan Farris? Oppss, meleret pula mama shonna!

So, untuk semua parents dari Tadika Sri Ara. Don't forget our kids 10th Annual Sport Day! Detail as below.

Date: 27th March 2013 (Saturday)
Venue: Tadika Seri Ara, Lestari Perdana 8, Seri Kembangan, Selangor
Time: 7.30 am

See you there!! 

TADIKA: Terbaik untuk anak VS poket mak bapak.

Salam selasa buat kowang,

Hari ni nak story sket pasal tadika / kindergarten. Kalu kita ade anak yg nak masuk tadika, confirm kepala kita mula nak migrainkan? (kalau shonnalah ye, org lain tak taulah pulak, maybe segenlintir ok je la kut) Mana taknye, fees depa nie mengalahkan budak nak masuk university kan? Itu yang mak shonna ckplah. Terperanjat btul dia, bila dgr fees cecah ribuan ringgit nie. Dulu time anak dia, masuk tadika perpaduan jer. Free ajer, jadi gak manusia. Katanyalah.. hehehehhee.

Yang lagi x brape best tuh, fees utk awal2 tuh dahlah ribuan RMkan, pastu monthly fees ada yang nak cecah RM400? buat duit btul depa nie.

Tapi zaman sekarang nie, nak masukkan tadika perpaduan or seangkatan dgnnye, gaji mesti tak lebih dari sekian2lah, itulah, inilah. Aduhai, lama2kan rasa duit gaji kita nie macam dah takde value jer, keshian kt kita yg hidup biasa-biasa je ni.. lagi keshian kat mereka yg susah.

Nak cari yang terbaik utk anak vs yang terbaik utk poket mak bapak dia. Yang mana jadi pilihan?  Kalau boleh nak htr gi tadika yang bagus sejajarlah dgn duit yang kita keluarkan kan? Ini utk anak shonna yang ketiga. Abang dan kakaknya dulu kami htr di Tadika Sempurna, Gombak. (time ni duk umah MIL kat tmn berjaya) Kat sini mmg terjamin bermutu dan takdelah mahal sgt. Tadika nie dari zaman sepupu2 mereka dedulu lagi. mmg shonna syorkan korang htr anak2 kat sini.

Now kami berpindah ke Sri Kembangan, tmpt baru, so tak braper tahu sgt ttg tadika2 kat area sini. So last year, start November dah survey beberapa tadika dari website. Mmg list yang teratas ialah tadika2 yang gah nama nya, seperti Smart reader, Genius aulad, CIC, Brainybunch, Qdees dan sebagainya. Ada byk pro & con, cuma perlu tepuk dada, tanye poket. kakakakaa..

Ada jugak kami ke open day mereka, mula2 rasa macam ok jer nak htr kesana, tapi bila timbang2 semula macam tak jadi pula. Ini antara faktor2 yang perlu uoll kisahkan ialah:

1. Module pembelajaran
2. Masa belajar
3. Yuran pendahuluan
4. Yuran bulanan
5. Transpotation pergi balik


1. Module pembelajaran
Kita kena pastikan sesuai utk anak2 kita. Kang htr yg std international school, mak bapak ckp minang je kat umah, tak sesuailah pulak. Tapi byk sekarang yg medium english, english mmg pentingkan? walaupun utk UPSR BM kena score 2A dari english 1A jer. Yang penting ada belajar Iqra', solat, English, Bahasa Melayu, Maths & Art pun dah cukup. Bahasa mandarin/tamil kalau ada, extra bonuslah utk mereka.

2. Masa Belajar
Bab ini kami mmg nak puas hati, takmolah masuk belajar pkl 9, balik pkl 11.30. braper jam sgtlah mrk belajarkan? 2.5 jam (time makan+dtg lewat+kacau kawan+nyanyi)? cukup ker kalau byr sebulan RM400? hehehhe  Sbb nnt petang depa ada class petang pulak. So carilah yang masuk awal dan balik selewat yang boleh. Sebabnya budak2 kecik nie, mereka boleh terima pelbagai-bagai jenis ilmu. So carilah start 7.30 - 8.00 am sampai 12 - 1pm. 

3. Yuran pendahuluan
Pastikan dah siap2 kumpul awal. Maybe budgetlah dalam 1K-2K, kalau dah tau ada anak nak masuk tadika, duit bonus tuh simpan awal2, jgn joli katak... hehehhee. Kalau yang x pernah dpt bonus macam mama shonna nie, pakai jelalah duit laki. (tips berguna nie)

4. Yuran bulanan
Pastikan yang ade dlm budget kita setiap bulan. Kalau rasa mampu RM150 sebulan, jgnlah pi pilih tadika yang RM350 sebulan. Kang tak pasal2 kowang buat hutang dgn credit card, ini hutang JAHAT namanya. Dan perlu ingat walaupun cuti sekolah, yuran bulanan tetap kena bayar. Ini berkaitan isu maintance mereka, macam sewa tadika/gaji guru dan sebagainya.

5. Transpotation pergi balik
Kalau duk KL dan Selangor, nak2 tgh2 bandar. Harga minyak mereka tak sama, so kalau dulu mak duk gombak, bayar duit bas cuma rm50 jer.. bila duk sri kembangan dia jadi RM150. Sbbnye mereka nie pakai minyak gred AAA. tak gitu? Yang inipun sama, sekolah ker cuti ker bulan2 mau kena byr. So ade baiknye pilihlah tadika yang dekat ngan umah/taska anak2 kowang.

Itu antara faktor yang kami amibil kisah. Hopefully membantulah serba sikit. Apa-apapun pilihan ditangan anda, ada duit semua boleh dpt yang terbaikkan dan dpt buat yang terbaik utk anak-anak.  Cuma kita bukan semua nya senangkan. Cuma kita sebagai ibu bapa, akan buat terbaik mengikut kemampuan kita sendiri. Huhuhuhhhuuu...

Last sekali, kami htr dia ke Tadika Sri Ara, di LP 8, Sri Kembangan, betul dekat dgn rumah kami. Yuran yang berpatutan dan apa yang kami mahukan semua ade disini.

tadika sri ara puncak jalil
Every friday are Taekwondo day!!! yippie!! 

Nanti shonna share ttg info tadika Sri Ara dan aktiviti2 nya.
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...