Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Serangan Sesak Nafas

Assalamualikum,
Ini hanyalah catitan untuk peringatan diri sendiri, supaya lebih menjaga kesihatan dan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.

Kata orang "Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. 

Shonna

Semalam dalam seumur hidupku, diserang sesak nafas yang rasa macam nak tercabut nyawa dari badan. Berlaku secara tiba-tiba dan ianya memang sakit, sakit yang amat sangat. Sebelum diserang shonna ada makan sandwich telur dalam 2-3 keping yang dibuat sendiri utk anak-anak, then naik bilik untuk sambung packing barang. Tetiba rasa sakit perut, masuk toilet then rasa semput tetiba. Keluar jer toilet terus terasa sesak nafas, bukak baju semua sebab dada rasa tak boleh bernafas, motif buka baju? mencari ruang untuk oksigen masuk (tak boleh berfikir logik dah time ni) Rasa dada sangat sempit dan nafas turun naik sangat laju.

Capai towel, berkemban lari kebawah bukak pintu tingkap nak cari oksigen.. boleh gitu? Time nie rasa memang teruk sangat-sangat dan sangat panik. Tolong, nak oksigen, nak oksigen! Mr Hubby dan anak2 hanya boleh tengok, tak boleh nak bantu apa. Keshian mereka, tak tahu nak bantu macamana. Cuba untuk tidak panik dan control pernafasan tapi masih sama. Uwargghh nak nangis tapi tak boleh.

Terus ajak Mr Hubby ke klinik, dah tak boleh tahan, rasa nyawa dihujung tanduk. Sarung apa yang patut terus pecut ke klinik. Ambil nab baru rasa lega sangat-sangat, w/pun masih ade semput sikit dan sakit kepala. Fuh, sangat ngeri kejadian begitu. Kata doktor, banyak kemungkinan boleh terjadi hal-hal macam nie, mungkin asthma sahaja, mungkin disebabkan oleh habuk, carpet, kucing, pemakanan. Entahlah!

Balik klinik, kepala pula yang sakit sangat, rehat dan tertidur atas sofa. Malam pula diserang migrain, hah amik kau, semua benda sakit. Semua benda keluar balik, baik dari atas baik dari bawah, habis semua keluar, perut rasa ketat dan kosong. Makan ubat migrain (Thank you kat Farris Danish yang bagi makan ubat dan picit kepala mama) dan terus tidur sampai pagi. Sangat-sangat bernasib baiklah Mr hubby dah balik outstation selama 2 minggu. Syukur sangat-sangat, terima kasih papa!

Dan pagi ini, menggooglekan diri untuk mencari persamaan dengan sesak nafas yang shonna alami semalam.

Ini hasilnya:
1.      Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).

2.      Punca sesak nafas mungkin disebabkan penyakit paru-paru obstruktif kronik, asma, radang paru-paru-paru, penggumpalan darah di paru-paru, atau apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan jantung dan paru-paru. Kesukaran untuk bernafas perlu diberikan perhatian yang secukupnya kerana ia boleh menyerang mangsa pada bila-bila masa sahaja. Sumber

Tindakan segera:
Sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan  atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk,  bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.

Ada juga terbaca disebabkan gastric, serangan panik dan macam-macam lagi yang boleh menyebabkan sesak nafas secara tiba-tiba. Bila banyak sangat info, rasanya shonna perlu mendapatkan pemeriksaan lanjutan di hospital berdekatan. Risau juga kalau betul ianya berkaitan dengan masalah jantung kan. Doakan semoga shonna dan kita semua dijauhi dari segala penyakit. Sama-samalah kita menjaga pemakanan dan kesihatan. Ameen.

Shonna: Menjadi pengalaman dan pedoman untuk hidup lebih bermakna, Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan akhirat! Sesungguhnya engkau maha mengetahui dan maha penyayang!  

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Festival 2013

Ahad 31st Mac 2013, yakni semalam, sempat jua kami menjemurhadirkan diri ke 5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival 2013. Seawal pagi kami dah ke Putrajaya, malangnya tiket air ballon dah habis. Argghh.. sedih betul! Takkan nak terpacak sebelum subuh kan? So takde rezeki kami kali ini. InsyaAllah tahun depan, lagipun Izz masih tak cukup tinggi nak naik. Ceh nak sedapkan hati.

5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival
5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival
Kami terus cari booth UNO, sbb tau ade uno challenge. Saja nak menghabiskan masa menceriakan suasana sbb tak sanggup nak ngk muka sedih Qistina tak dpt beli tiket air balloon. Keshian anak mama! So awal lagi dah belikan Izz bubble supaya dia boleh layan diri sementara tunggu Qistina & Farris main games.
Giant Buble
Giant Buble
Asian UNO Challenge 2013
5th Putrajaya International Hot Air Ballon Festival
2nd round uno games!
Memang tak menghampakan, Qistina dpt saguhati sementara Farris dapat 1st place. Yeehaaaa... farris boleh ke Semi Final di One Utama pd  31st May - 1st June 2013. Tapi dia tak minat. Pelik btul!

Terus ke Green Zone (Extreme Challenge), nak cari paint ball. Farris duk ingat boleh duk tembak org, rupanya tembak botol yer. Frust lagi, tapi layan jelaa. :P
5th Putrajaya International Hot Air Ballon Festival
Layanlah tembak botol jer.
 

Then main Hamster Roll, ermm, amat tak berbaloi dengan bayaran RM20 untuk seorang. Tapi dalam website dia tulis RM10 jer. Itu yang tak puas hati tuh.


Lebih Berbaloi naik Segway ni walaupun RM25 per person. Bukan main 15 minit.. mau setangah jam jugaklah.
Segway

Segway
Izz tableh naik sbb masih kecil, uhhuukkk..
Dan lebih berbaloi-baloinaik yang ini... pusing berkali-kali di tengahari buta. Badan semua dah tak larat, tapi masih nak main jugak sbb keshiankan si kecik yang tak dapat main apa2 lagik.



Overall, nextime boleh datang lagi, tapi pastikan lepas subuh terus gerak beli tiket. Kan? So insyaAllah next year kita naik Air Balloooooonnnnnnnnnnnn!!!

Day 1: Company Trip to Bali, Indonesia.

Salam, kali ni shonna nak citer sket pasal company trip ke Bali, Indonesia. This trip organized by company hubby. Travel agent yang dilantik semestinya POTO travel & Tour. Kami ke sini selama 4 hari 3 malam. Sangat-sangat menarik tempatnya, sapa tak kenal BALI kan? Begitu indah Bali ciptaan yang Maha Esa, 

DAY 1...

Bali, lcct airport, poto travel
At LCCT Airport
Day 1: Seawal pagi kami berkumpul di LCCT, airport. Oh Yg menghantar kami ke airport ialah syarina emma yg comel. Thanks ye!! Sarapan disediakan oleh POTO travel, sandwich & air. Cukup utk mengalas perut dlm flight. Ohh ye, 2 week before, kami telah diberi sorang selai t-shirt n beg. So hari ni, kami mmg seragam, tak kiralah Director ker atau pun driver, kami sama ajer!!

Bali, Pawon Pasundan, Travel Bali
At Pawon Pasundan, Bali Indonesia
Sesampai di Bali Airport (Denpasar), segala beg terus dibawah ke hotel. Manakala kami terus ke kedai makan "Pawon Pasundan" untuk mamam dulu. Perut dah lapo sgt2. Untuk info kowang, agama rasmi disini ialah buddha, tapi jgn risau sbb ade byk makanan islam disini.

Pawon Pasundan, Bali, Poto travel, Makan di Bali
Ikan terbang
 Ini antara makanan yg dihidang. Ada ikan, nasi, sambal, sup sayur. Food lebih kurang kat malaysia ye. 

Uluwatu, Bali, Indonesia
Uluwatu signboard
Lepas makan, kami dibawa ke Uluwatu. Kat sini, utk yg bercermin mata, kowang kenalah bukak. Sebabnyeeeeeeee.... kera-kera kat sini sker sgt ngan benda2 yg camtu. Sampai ada sowang dari kami, cermin matanya telah dicabut terus dr muka tau... pastu lama sket, dia baling semula... shian, patah terus kacamatanya. Pengajaran utk kowang yg akan ke sini ye.

Uluwatu, Bali, Indonesia
Uluwatu, Bali
Wow, tinggikan... gayat jugak tau kat sini.

Uluwatu, Bali, Indonesia, Proto travel
Uluwatu, Bali
Kalau bawak anak2, kenalah berhati-hati sket.

Uluwatu, Bali, Indonesia, Proto travel
 Tara!! comel tak? hahahhahaa

Cultural Park, Bali Indonesia
Cultural Park
Next, kami ke Cultural Park. Tempat nie sgtlah luas, disini byk patung2 bersize besar dan masih belum disatukan lagi. Kiranya kepala tempat lain, kaki, tangan semua lain2. Masaklah nnt mereka nak cantumkan semuanya. Hehhehehee...

Cultural Park, Bali Indonesia
Kisah Garuda
Mengikut lagenda kat Bali ni, byk btul citer2 mitos mrk. Yang ini kisah Garuda, anak lelaki dari Winata berperang sekuat tenaga utk memperolehi Tirta Amertha utk membebaskan ibunya dari 1000 ular naga. Namun utk mengelakkan pertempuran yg panjang, akhirnya garuda bersetuju menjadi burung tunggangan Dewa Wisnu utk membebaskan ibunya.

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel
Dewa Wisnu
 Smile!!!

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel
 Inilah kepala garuda yg telah disumpah menjadi burung tunggangan Dewa Wisnu.

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel
Free performance
Setelah berjalan agak jauh, akhirnya kami dibawa menyaksikan persembahan KECAK dan Balinese performance.
Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel, Kecak

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel, Kecak
 Nampak jelaskan muka masing sgt2 penat dan berminyak2 sudah!!

Cultural Park, Bali Indonesia, Poto Travel, Kecak
Dinner time
 
 Akhirnya sampai gak hotel kami...

Dan Izz takmo mandi, dia nak tidur terus. Penat katanya... hehehhee... mak dia mana bleh tido, nak unpack semua brgkan. Nasiblah ye...

Cukuplah entry utk day 1 di Bali, will continue part 2 later ye... bubaiii!!

Short Break at Grand Season, KL

Grand Season Kuala Lumpur fgHi everyone!! Hows your weekend?  Sure seronok membuat laundry, lipat kain, gosok baju bagaikan.

Macam shonna lak, early last week lagi dah dpt message dari MIL, dia nak sponsor hi tea & overnight kat grand season hotel. Saja2 katanya utk gathering dgn cucu-cucu & anak menantu dia. Dia pun sedia maklum cucu-cucu nye kaki berendam dalam swimming pool. 

Kalau gathering kat umah dia, kami sedia maklum, aktivitinya hanya makan, dan makan lagi sambil berbaring tengok tv. Pastu tidurrrrzzz. Bangun masih ada makanan baru yang dimasak, then makan lagi. Bertuah punya menantukan? bukan tolong masak, tolong buat taik mata jer.

Cuma satu jer yang pasti sama, tak kisah gathering kat mana-manapun, iaitu gossip + gossip, update cerita-cerita sensasi dan sebagainya. kekekkekeke... tak kisahlah citer artis ker, si kiah ker, citer si tipah ker kan? hehehhehe. Sure kowang pun samakan.

Berbalik pada tajuk tadi, so seawal pagi dah buat laundry & buat breakfast. Pas makan baru ler packing barang terus ke Grand Season. Sesampai jer terus Season Cafe utk makan, perut memasing dah berkeroncong. 


http://www.grandseasons.com/content/content_3580_2.jpg
Hi-Tea Grand Season Kuala Lumpur disini dalam RM40++ promotion dari pukul 1pm - 5pm. Food yang sangat sedap. Sangat-sangat berbaloi kalau uoll nak pergi.

 Ini antara food yang ada.

Mee udang
 Mee udang yang sedap!

Kuih muih
 Cakes & Kueh

Rojak buah
 Rojaks pun ada, byk lagi food dia. Tak termakan sbb duk borak2 dan bergambar ajer.



 Hall dalam bilik.

 Room

 Bathroom yang selesa jugak.

Izz & Muaz yang sangat comel. 
Swimming pool kat sini besar & ada jacuzzi tau. Dan best sangat sebab tak ramai orang. Bolehlah kami berendam sampai ke malam. Buka dari 8 pagi hingga 8 malam.

Jacuzzi time. Uncle Hakim mereka bersama Farris & Qistina.
Grand Season Kuala Lumpur
Add caption

Short gathering yang menarik gak, nextime boleh pergi lagi. Thnks kat penaja iaitu MIL i. Muah.. muah..

Event: Majlis Aqiqah - Izz, Kesyukuran - Farris & Qistina's Birthday

Salam Jumaat my dear prens. Wah hati memasing berbunga2 bila hari jumaatkan? sbb utama nya esokkan saturday... cuti, bleylah berehat sepuas-puasnye. 

Today nak share sket majlis akikah yang telah berlangsung couple years back kut... kakakkaa (sib baik bukan 10 tahun lepaskan?) Citer pun dah basikan? Cuma buat mummy2 diluar sana yang nak mencari idea event2 camnie.. bolehlah mengambil ideanye.

Kalau event2 sebegini, selalunya shonna akan buat preparation 1-2 month before event.
Antara benda-benda penting yang kena fikir ialah:
1. List makanan yang perlu dihidangkan
2. List jemputan
3. Catering atau nak masak sendiri
4. Thema/Concept yang bersesuaian.
5. Tempahan khemah mengikut warna thema
6. Prepare invitation card and deco
7. Preparation kueh mueh/air yang boleh dibuat sendiri.

 Ini antara cake dan cup cakes utk besday Qistina yang ke 7.

 Qistina and cupcakes yang mama dia buat sampai mata jadi panda pagi tuh.


 Jemaah surau yang hadir utk doa selamat dari surau berdekatan. 

Kowang boleh ngk deco on table, simple jer shonna buat, create banyak2 pom-pom flower (yang ini shonna akan buat satu N3 nanti) letak dalam balang jem yang kosong ikat reben cantik2. Then masukkan byk2 lidi satay tuh bagi tak nampak kosong sgt. (gambar lupa nak amik, boleh?? hahahah). Time ni takde photographer, nak harap mak sowang, pengsanlah tgh2 majlis nantikan. Satu hal lagi lak nak diuruskan. hahahhaa.. 

Untuk majlis ini, belon tak byk digunakan. Cuma shonna pilih belon2 yang ikut warna thema, diikat pada batang belon, then masukkan jer dlm pasu/tempayan, so nnt kanak2 boleh ambil sendiri. Kalau nak gantung2, tak sesuai lah pulak sbb pagi tuh ade doa selamat dan bacaan yassin.
Neighbor and qistina's friends.  


Cake pun dah cairkan...

Mama yang keletihan dan Izz yang tak sabar nak bukak hadiah yang confirm bukan hadiah dia. Majlis dari pagi pkl 10 sampai majlis qistina sampai ke malam, semua org pun letih.. letih makan.. makan.. dan makan..Thanks pada all relative yang sporting dan byk menolong.

Oklah, mailah kowang cuci mata ngk kad2 yang dibuat khas utk event ini. Shonna buat simple jer. Ada 2 invitationkan? So shonna tampal 2 kad nie kat lidi satay jadi macam lollipop, pastu ikat jer ngan reben. Senangkan? 
 Tara!!!... This is invitation card for Majlis Akikah (Izz Mirza razin)
dan Majlis Kesyukuran (Farris Danish) - berkhatan.

And Qistina's birthday card!!

Thanks Note for goodies bag.

Ok, yang ini kalau kowang berkenan, bolehlah guna pakai semula. Takdele cantik mana nak compare dgn otai2 designer diluar sanakan. Copy, then typelah nama kowang kat atas tuh. Akhir sekali print. Kalau tak reti jugak, mak design, kowang bayar k. hehehhehee..

 Tapi pastikan credit tuh janganlah di buang ye. Shianlah kat mak yg montel nie, nanti kurus makan nasi lauk hati goreng hari2 pulak.

 Freebies!!
* pls do not delete the watermark 

 Freebies!!
* pls do not delete the watermark 

Oklah, jumpa di lain entry. 

shonna: Rindunya nak buat besday party lagi. InsyaAllah on March nanti.
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...