Showing posts with label Birthday. Show all posts
Showing posts with label Birthday. Show all posts

Majlis Kesyukuran & Minecraft Theme, 11th Birthday Party for Farris Danish! PART 2

Salam Penghulu Hari, salam Jumaat!

Lunch entry, sambungan dari PART 1. Akhirnya dapat lah sket food photo dari photographer yg tak dilantik. Saudara Afif dari Kajang. Thank afif!! Patut tugasan dia hari tuh, tukang jaga kanak2! Kan? hehehheee...

Majlis Kesyukuran,Kanopi, Canopy, Green Brown, Seri Kembangan
Kanopi pyramid theme hijau cokelat! Last minutes theme!

Majlis Kesyukuran, Table buffet, table display
Table Buffet, tray pinjam dari bonda Salmah.

Majlis Kesyukuran, candy buffet, Seri Kembangan Malaysia
Candy Table, tray dari DIY Shop. sgt murah!! Daiso pun ade, tapi 3 tingkat jer.

Majlis Kesyukuran, water dispenser tupperware brands, Ikea
14 Litre Tupperware Water Dispenser, Gelas Air dari Ikea, murah!! 6 pieces RM4.90 rasanya!

Majlis Kesyukuran, Rojak Buah, Petis, Seri Kembangan
Rojak buah & Petis!

Majlis Kesyukuran, Nasi beriyani, Ayam Masak Merah, papadom
Nasi Beriani dan Lauk Pauk!

Kueh mueh, Majlis Kesyukuran
Pelbagai Kek dan Kueh Mueh.

Majlis Kesyukuran, Jeruk Penang, Masam Manis
Jeruk Penang, baru best!!! Masam Manis!

Majlis Kesyukuran, Tapai pulut, kueh mueh, Lopis gula melaka
Tapai Pulut dan Lopes Gula Melaka.
 Hope uolls ade ideas bila nak display food kat majlis uolls nanti ye. Shonna pun bukan mahir sgt pun. Minat sket2 jer.

Majlis Kesyukuran & Minecraft Theme, 11th Birthday Party for Farris Danish! PART 1

Salam,
Wah barulah ada masa sket nak mengupdate blog ni. Punyalah busy di opis dan di rumah. Di opis busy sbb KSU nak datang, di rumah tuh busynya sebab nak buat preparation for celebrate birthday anak sulung tuh. Then last minute punya thema anak teruna shonna ni bagi. Mulanya shonna dah tempah kanopi with my favorite color (biasalah mama yg gile kuasa color), then dah buat sikit deco ikut color mama dia sker, terus kena tukar color. So color pilihan ialah HIJAU dan COKELAT. Hah kau, combination kaler tak pernah dipilih org! Sib baik abang kanopi tu OK jer. Siap datang umah bawak sample kain. Thank you En Roslan., harga mmg murah sebab dah survey lebih dari 5 agen kanopi yg dekat2 umah ni..

Untuk kali ni, thema yang dipilih ialah MINECRAFT. Bagi anak2 yang kaki games, game ni mesti mereka biasa main. Games ni shonna rasalah macam developer yg nak buat rumah, ada batu bata, pokok, boleh buat tasik, food, animals dan macam2 lagilah. Then ade zombielah, apalah... aiyak, macam2lah yang ada. Naik hantu gaklah mama dia bising kalau semua duk main minecraft online jer 3 beradik tuh.

Yang uniknya game ni ialah semua benda dibuat daripada pixel. PIXEL art, sapa yang biasa keje2 dgn kaler or designer sure taukan pixel tu apa kebendanya? semuanya tentang SEGI/KOTAK. So memang senanglah nak buat decorationnya.

So, jom check it out apa yang FARRIS DANISH dah buat mama dia BUSY sgt! 

Kids, Boy birthday minecraft theme party
Inilah rupa MINECRAFT. Yang ini pixel papercraft. Boleh print dari online website. If uoll nak please pm me okay. Shonna save byk sgt, sampai tak terbuat. Boleh?
Minecraft Cake, Birthday Cake, Games Cake
 Minecraft chocolate cake. Ini shonna tempah dari my frens kat gombak. FB: Luvable Cake by Shahila.
Photo shoot minecraft, theme birthday party
 Ini saje2 suka2 utk amik gambo. Luv this so much!!
Boy birthday minecraft theme party, Green party, Brown party, Birthday Party
Tara!!!... Shooting time!! byk gambar, tapi censored ye.. ini jer gambar yg dibenarkan. Qistina Qaisara and Manja. hahahhahaa

Goodies bag ideas, minecraft ideas, Malaysia, Goddy bag birthday
Cheaper goodies bag, shonna photostat atas kertas hijau. Jimatkan!

Boy birthday minecraft theme party, food tag, food label, design ideas
 My last minutes ideas, food tag guna plasticine. Dok cari kat kedai 2 ringgit, sekali tinggal 2 boxes jer kaler merah. So my TNT box very colorful.
Table decoration, table birthday party, minecraft table ideas
Table deco, tak sempat nak buat small flower dalam botol kaca, air kaler hijau. InsyaAllah next time birthday lagi 2 budak kecik tuh.
Aikkss? Mana gambar Food? Kekkekekkee... tak sempat nak snap sbb time dah siap2 prepare, naik atas salin baju, bila turun org dah baca yassin, tahlil dan solat zohor. Terus mereka makan, dan makan. Shonna n hubby sibuk layan semua tetamu. Gambar kambing golek pun i tak snap!! uwarghhh. Yang penting, semua tetamu balik dgn perut yang kenyang. Alhamdulillah. 

If uolls nak idea for food. Antara food yang kami sediakan.
Main Food:
1. Nasi Beriyani, 
2. Ayam Masak Merah
3. Daging Kurma
4. Dalca
5. Kambing Golek
6. Ayam Panggang
7. Bihun Sup
 
Dessert:
1. Rojak buah
2. Bubur jagung dan sagu (merah/hijau/kuning)
3. Dadih chocolate
4. Dadih mangga
5. Kek batek
6. Kek chocolate
7. Kueh Lopes Gula Melaka
8. Buah Pisang

Drink:
1. Air Sunquick
2. Teh o 

Bila serve, memang tak cukup table, udah dipesan oleh En Roslan, kena buat extra meja for food. Tapi mama Farris degil. Hehehhee.. padan muka i!

Ok itu jer celoteh shonna tuk kali nie.  Food Entry disini. Nanti i update ttg door gift for majlis kesyukuran. Babai!!

Event: Majlis Aqiqah - Izz, Kesyukuran - Farris & Qistina's Birthday

Salam Jumaat my dear prens. Wah hati memasing berbunga2 bila hari jumaatkan? sbb utama nya esokkan saturday... cuti, bleylah berehat sepuas-puasnye. 

Today nak share sket majlis akikah yang telah berlangsung couple years back kut... kakakkaa (sib baik bukan 10 tahun lepaskan?) Citer pun dah basikan? Cuma buat mummy2 diluar sana yang nak mencari idea event2 camnie.. bolehlah mengambil ideanye.

Kalau event2 sebegini, selalunya shonna akan buat preparation 1-2 month before event.
Antara benda-benda penting yang kena fikir ialah:
1. List makanan yang perlu dihidangkan
2. List jemputan
3. Catering atau nak masak sendiri
4. Thema/Concept yang bersesuaian.
5. Tempahan khemah mengikut warna thema
6. Prepare invitation card and deco
7. Preparation kueh mueh/air yang boleh dibuat sendiri.

 Ini antara cake dan cup cakes utk besday Qistina yang ke 7.

 Qistina and cupcakes yang mama dia buat sampai mata jadi panda pagi tuh.


 Jemaah surau yang hadir utk doa selamat dari surau berdekatan. 

Kowang boleh ngk deco on table, simple jer shonna buat, create banyak2 pom-pom flower (yang ini shonna akan buat satu N3 nanti) letak dalam balang jem yang kosong ikat reben cantik2. Then masukkan byk2 lidi satay tuh bagi tak nampak kosong sgt. (gambar lupa nak amik, boleh?? hahahah). Time ni takde photographer, nak harap mak sowang, pengsanlah tgh2 majlis nantikan. Satu hal lagi lak nak diuruskan. hahahhaa.. 

Untuk majlis ini, belon tak byk digunakan. Cuma shonna pilih belon2 yang ikut warna thema, diikat pada batang belon, then masukkan jer dlm pasu/tempayan, so nnt kanak2 boleh ambil sendiri. Kalau nak gantung2, tak sesuai lah pulak sbb pagi tuh ade doa selamat dan bacaan yassin.
Neighbor and qistina's friends.  


Cake pun dah cairkan...

Mama yang keletihan dan Izz yang tak sabar nak bukak hadiah yang confirm bukan hadiah dia. Majlis dari pagi pkl 10 sampai majlis qistina sampai ke malam, semua org pun letih.. letih makan.. makan.. dan makan..Thanks pada all relative yang sporting dan byk menolong.

Oklah, mailah kowang cuci mata ngk kad2 yang dibuat khas utk event ini. Shonna buat simple jer. Ada 2 invitationkan? So shonna tampal 2 kad nie kat lidi satay jadi macam lollipop, pastu ikat jer ngan reben. Senangkan? 
 Tara!!!... This is invitation card for Majlis Akikah (Izz Mirza razin)
dan Majlis Kesyukuran (Farris Danish) - berkhatan.

And Qistina's birthday card!!

Thanks Note for goodies bag.

Ok, yang ini kalau kowang berkenan, bolehlah guna pakai semula. Takdele cantik mana nak compare dgn otai2 designer diluar sanakan. Copy, then typelah nama kowang kat atas tuh. Akhir sekali print. Kalau tak reti jugak, mak design, kowang bayar k. hehehhehee..

 Tapi pastikan credit tuh janganlah di buang ye. Shianlah kat mak yg montel nie, nanti kurus makan nasi lauk hati goreng hari2 pulak.

 Freebies!!
* pls do not delete the watermark 

 Freebies!!
* pls do not delete the watermark 

Oklah, jumpa di lain entry. 

shonna: Rindunya nak buat besday party lagi. InsyaAllah on March nanti.

Izz Turn 1, Happy Bithday Dear!!!

Happy Besday IZZ.. 31st August 2009,
12.45 tghari genap Izz setahun.
Gembiranya Izz dpt byk hadiah.
Mama, Papa, Farris n Qis sayang sgt2 kat Izz,
Muah.. muah... muaaah.....
Make a wish.. "Ya Allah, jadikanlaa Izz Mirza Razin bin Syahril Akmar anak yg baik, cerdik, patuh pada kedua ibu bapa, hormat kpd keluarga, saudara mara dan sesama manusia. Berjaya dalam semua bidang yg diceburi, dalam pelajaran dunia dan akhirat, Amin"

Tunggu sapa tuh Izz?
Izz baru dikejutkan dr tidur nie... sbb semua kengkawan nak makan kek da.. :P

Mama, Kak Qis n besfren kak Qis, Aunni.

Izz bukak hadiah yg senang dulu...
Alhamdulillah selesai sudah semua acara.. Thank kat semua yg hadir. Yang bestnya mama pun dapat present dr nenda Sally. Tenkiu so much.. skernye handbagg tuh... ala2 handbag anak dara kan.. :D
Sampai tgh malam pun auntie Amy n Nana dtg menghabiskan food.. siap tapau.. :P

Old Blog

Happy Birthday to me!

23 July 2008, I am turn 32!! Tuanyerr

Lama betul tak menjengah blog nie... Nasib baik ade lagik. InsyaAllah, start cuti bersalin nie, akan ku update at least seminggu sekali.

Last week lagi daa start cuti, badan rasa daa tak larat. Lagi2 nak drive hari2 ke opis yang jauh disana, tambah pulak nak naik ke level 3 tuh, fuuhh bercintanya.

Lama btul rasanya nak tunggu kelahiran kali nie. Mcm2 peristiwa yang berlaku selama pregnant kali nie. Banyak btul dugaan... Semoga semuanya selamat. Ingatkan akan bersalin hari nie, sbb leh sama besday ngan mamanya. Tapi masih takde apa2 tanda. Tak kisahlaa bila, janji semuanya selamat dan gembira.

Last checkup monday lepas, Dr Halim bgtau InsyaAllah baby dlm keadaan sehat, cuma perlu pastikan baby bergerak selalu. Tunggu time jer nak deliver. Berat baby dlm plus minus 3kg. Eloklaa tak brapa besar katanya.

Semua barang keperluan udah dibeli, this time nak try jamu NR. Cimot n Hani yang suggest nie, dgn harapan leh kurus cepat. (Berangan dr first baby lagik... tapi tak menjadi pun. hehehhehee) Nak try kurus gak.. :)) Chaiyo, chaiyo, chaiyo!!!

p/s: to papa, aish n qis... Doakan mama selamat kay!!! Amin
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...