DIY Door Gift / Cenderahati

Assalamualaikum,

Hari ni shonna nak share toturial untuk membuat door gift. Selalu nya door gift kita akan bagi kepada tetamu yang hadir sebagai cenderahati yang boleh disimpan untuk kenangan.

Terfikir sesuatu yang tetamu akan gunapakai semula atau pun akan disimpan baik sebagai perhiasan. Untuk majlis yang lepas, shonna hanya buat yang simple dan tidak memakan belanja yang besar.

Bagi pendapat shonna, yang penting ialah makanan yang terhidang, biar tetamu puas/cukup makan. Janganlah sampai decoration ngah tapi makanan yang disediakan ala kadar jer. Itu pendapat personal shonna jer. Hehehhee, lain orang lain pendapatnya.

So untuk door gift kali nie, barang-barang yang diperlukan ialah:
1. Crepe paper (warna ikut tema majlis)
2. Botol kaca
3. Bekas/sarung kertas
4. Gula-gula
5. Tag "terima kasih"

Crepe paper boleh dibeli di kedai-kedai bunga, 
Manakala gula-gula carilah kat kedai borong, murah banyak tau!

Botol kaca dan sarung kertas shonna dapatkan dari kedai bunga Vivian di Chow Kit. Tag "terima kasih" buat sendiri.

 Untuk dapatkan tone warna yang dikehendaki, boleh susun macam gambar diatas.
Last sekali, letaklah gula-gula semuat mungkin.

 Lekatkan tag pada penutup botol kaca. Door gift akan kelihatan dari luar seperti diatas.
Nampaklah penuh sikitkan botol kaca diatas.

Akhir sekali, letakkan door gift di dalam sarung kertas. Wallaa!! Nampak exclusive sket. Modal pun tak sampai RM2. 

Semoga tutorial ini dapat membantu pengunjung blog shonna, blog yang tak seberapa ini.
Selamat mencuba ye!!  ENJOY!!

Shonna: Camnerlah entry before ni terdelete, careless betul mak!! Puas memerah idea semula! Nangis!

Jom ke Smart Kids 2013 di PWTC!

Salam Jumaat my dear friends,
Picture from Smart Kids 2013
Smart Kids 2013, Malaysia's Largest Education Kids Fair akan berlangsung di PWTC tak lama lagi. Wah, sungguh excited! Teruja nak cari tiket2 murah ke tmpt yang best mcm kidzania, legoland, hello kitty town & lain2. Selain itu, byk juga buku-buku/online education yang amat bermanfaat untuk anak-anak. Ohh ye, byk jugak contest2 yang boleh anak kita sertai. Bolehlah mereka expose sketkan.  Sekali sekala bawa anak-anak ke expo begini, awesome jugakkan? Kalau susah nak parking, uolls boleh naik STAR LRT (link - click on Ampang Line) dan berhenti di PWTC. Senang aje, kalau anak2 shonna sker jer kalau nak naik tren nie. Detail Smartkids ada dibawah.

Picture from MyRapid

SMART KIDS details:
19 April - 20 April 2013 [10.30am - 8.00pm]
21 April [10.30am - 7.00pm]

Masuk PERCUMA untuk KANAK-KANAK berumur 16 tahun kebawah
RM5.00 untuk DEWASA

Bertempat di PWTC.

Boleh juga buat Pre Register tapi sebelum 31st March 2013 (dah lepas pun, tapi uolls try jelaa. manatau boleh dapat jugak!)
Benefit dia: 
1. Free admission ticket for adult.
2. Redeem a Smart Kids limited edition bag for kids
3. Avoid long queue.

So jangan lupa catitkan di dalam handphone anda tarikh2 bersosial bersama anak2 ye!! Jumpa di Smart Kids nanti!!!  Bye...

Borang pendaftaran kemasukkan ke Darjah 1 tak lengkap!

Salam,

Pada cuti sekolah yang lepas. (hahahhaa, macam buat ayat karangan darjah 3) Puan Shonna dan anaknya yang bongsu telah ke sekolah berhampiran untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah rendah, (haru biru ayat budak ni)
________________________________________________________________________

Setiba di sekolah, dan memberi salam, kami pun menyatakan tujuan hadir dan menyerahkan semua dokumen yang dikehendaki seperti di sini. Tetiba pegawai bertugas menyatakan dokumen tidak complete. Eh.. bukan dah ade semua ker? Pegawai bertugas berkata list yang tiada ialah:

A. 2 keping sampul surat (6"x9") - sila tulis alamat penuh.
B. 2 keping setem yang bernilai 60sen tertampal di sampul surat tersebut.

List diatas ialah tambahan yang baru dikeluarkan. Ooo begitu.... so senarai dibawah ialah yang terkini apa yang mereka mahukan.. So, sila catit ye ibubapa sekalian. Dan minta pihak yang berkenaan tolong update info ini di eSPPSEL.

List terbaru Mac 2013. Bil utiliti tuh, mereka mau yang original ye. Pastikan bil dah bayar. Hehhehehe.

Yeaayy... tak sabar nak sekolah bersama abang dan kakaknya. Ada macam cikgu-cikgi tak?

So kenalah kami datang semula utk htr sampul surat tersebut. Nasib baik rumah dekat jer. So pengajarannya kepada diri sendiri jugak, adalah lebih baik/patut telepon sekolah dulu sebelum pergi utk apa2 acara/pendaftaran pun. Sebabnya maklumat selalu jer tak cukup di internet! Bilakah perlu jadi efficient wahai pihak2 tertentu?

Katak & Kodok (kalau dieja dari depan dan belakang sama jer!)

Assalamualaikum,

Kelmarin, lepas menghabiskan wang saku kekasih hati di fiesta Hot Air Balloon, kami ke pameran katak dan kodok pula. Punyalah excited nak tengok live katak kaler biru tuh kan. Pameran ini diadakan di:

Muzium Alam Semulajadi (MAS),
Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tarikh: 22 Mac hingga 22 April

Kalau tak jumpa, call muzium: 603-8890 2884. Hehehhee, sesat gak semalam. Jom nengok apa beza antara KATAK dan KODOK.

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 Inilah katak biru yang BERACUN. Berhati-hati ye!!
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 Cer cari mana dia? 
Nampak tak jelingan tajam KATAK BERTANDUK di bawah ni?
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 Katak daun. Dia melekat kat bawah daun tuh. 
Gambar kurang jelas, so uolls kena pergi dan lihat sendiri! :P
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 Corak batik pun ada. Cute sgt!!
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Sangat berbaloi utk pergi, sbb ntah bila lagi kita boleh jumpa spesis2 sebeginikan? Tiket dewasa hanya RM2 manakala kanak2 FREE jer. Waktu lawatan seperti tertera diatas.

Shonna: Kat rumah pun byk katak, tapi tak comel mcm kat sini... hehehhehee...

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Festival 2013

Ahad 31st Mac 2013, yakni semalam, sempat jua kami menjemurhadirkan diri ke 5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival 2013. Seawal pagi kami dah ke Putrajaya, malangnya tiket air ballon dah habis. Argghh.. sedih betul! Takkan nak terpacak sebelum subuh kan? So takde rezeki kami kali ini. InsyaAllah tahun depan, lagipun Izz masih tak cukup tinggi nak naik. Ceh nak sedapkan hati.

5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival
5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival
Kami terus cari booth UNO, sbb tau ade uno challenge. Saja nak menghabiskan masa menceriakan suasana sbb tak sanggup nak ngk muka sedih Qistina tak dpt beli tiket air balloon. Keshian anak mama! So awal lagi dah belikan Izz bubble supaya dia boleh layan diri sementara tunggu Qistina & Farris main games.
Giant Buble
Giant Buble
Asian UNO Challenge 2013
5th Putrajaya International Hot Air Ballon Festival
2nd round uno games!
Memang tak menghampakan, Qistina dpt saguhati sementara Farris dapat 1st place. Yeehaaaa... farris boleh ke Semi Final di One Utama pd  31st May - 1st June 2013. Tapi dia tak minat. Pelik btul!

Terus ke Green Zone (Extreme Challenge), nak cari paint ball. Farris duk ingat boleh duk tembak org, rupanya tembak botol yer. Frust lagi, tapi layan jelaa. :P
5th Putrajaya International Hot Air Ballon Festival
Layanlah tembak botol jer.
 

Then main Hamster Roll, ermm, amat tak berbaloi dengan bayaran RM20 untuk seorang. Tapi dalam website dia tulis RM10 jer. Itu yang tak puas hati tuh.


Lebih Berbaloi naik Segway ni walaupun RM25 per person. Bukan main 15 minit.. mau setangah jam jugaklah.
Segway

Segway
Izz tableh naik sbb masih kecil, uhhuukkk..
Dan lebih berbaloi-baloinaik yang ini... pusing berkali-kali di tengahari buta. Badan semua dah tak larat, tapi masih nak main jugak sbb keshiankan si kecik yang tak dapat main apa2 lagik.



Overall, nextime boleh datang lagi, tapi pastikan lepas subuh terus gerak beli tiket. Kan? So insyaAllah next year kita naik Air Balloooooonnnnnnnnnnnn!!!

Majlis Kesyukuran & Minecraft Theme, 11th Birthday Party for Farris Danish! PART 2

Salam Penghulu Hari, salam Jumaat!

Lunch entry, sambungan dari PART 1. Akhirnya dapat lah sket food photo dari photographer yg tak dilantik. Saudara Afif dari Kajang. Thank afif!! Patut tugasan dia hari tuh, tukang jaga kanak2! Kan? hehehheee...

Majlis Kesyukuran,Kanopi, Canopy, Green Brown, Seri Kembangan
Kanopi pyramid theme hijau cokelat! Last minutes theme!

Majlis Kesyukuran, Table buffet, table display
Table Buffet, tray pinjam dari bonda Salmah.

Majlis Kesyukuran, candy buffet, Seri Kembangan Malaysia
Candy Table, tray dari DIY Shop. sgt murah!! Daiso pun ade, tapi 3 tingkat jer.

Majlis Kesyukuran, water dispenser tupperware brands, Ikea
14 Litre Tupperware Water Dispenser, Gelas Air dari Ikea, murah!! 6 pieces RM4.90 rasanya!

Majlis Kesyukuran, Rojak Buah, Petis, Seri Kembangan
Rojak buah & Petis!

Majlis Kesyukuran, Nasi beriyani, Ayam Masak Merah, papadom
Nasi Beriani dan Lauk Pauk!

Kueh mueh, Majlis Kesyukuran
Pelbagai Kek dan Kueh Mueh.

Majlis Kesyukuran, Jeruk Penang, Masam Manis
Jeruk Penang, baru best!!! Masam Manis!

Majlis Kesyukuran, Tapai pulut, kueh mueh, Lopis gula melaka
Tapai Pulut dan Lopes Gula Melaka.
 Hope uolls ade ideas bila nak display food kat majlis uolls nanti ye. Shonna pun bukan mahir sgt pun. Minat sket2 jer.

Majlis Kesyukuran & Minecraft Theme, 11th Birthday Party for Farris Danish! PART 1

Salam,
Wah barulah ada masa sket nak mengupdate blog ni. Punyalah busy di opis dan di rumah. Di opis busy sbb KSU nak datang, di rumah tuh busynya sebab nak buat preparation for celebrate birthday anak sulung tuh. Then last minute punya thema anak teruna shonna ni bagi. Mulanya shonna dah tempah kanopi with my favorite color (biasalah mama yg gile kuasa color), then dah buat sikit deco ikut color mama dia sker, terus kena tukar color. So color pilihan ialah HIJAU dan COKELAT. Hah kau, combination kaler tak pernah dipilih org! Sib baik abang kanopi tu OK jer. Siap datang umah bawak sample kain. Thank you En Roslan., harga mmg murah sebab dah survey lebih dari 5 agen kanopi yg dekat2 umah ni..

Untuk kali ni, thema yang dipilih ialah MINECRAFT. Bagi anak2 yang kaki games, game ni mesti mereka biasa main. Games ni shonna rasalah macam developer yg nak buat rumah, ada batu bata, pokok, boleh buat tasik, food, animals dan macam2 lagilah. Then ade zombielah, apalah... aiyak, macam2lah yang ada. Naik hantu gaklah mama dia bising kalau semua duk main minecraft online jer 3 beradik tuh.

Yang uniknya game ni ialah semua benda dibuat daripada pixel. PIXEL art, sapa yang biasa keje2 dgn kaler or designer sure taukan pixel tu apa kebendanya? semuanya tentang SEGI/KOTAK. So memang senanglah nak buat decorationnya.

So, jom check it out apa yang FARRIS DANISH dah buat mama dia BUSY sgt! 

Kids, Boy birthday minecraft theme party
Inilah rupa MINECRAFT. Yang ini pixel papercraft. Boleh print dari online website. If uoll nak please pm me okay. Shonna save byk sgt, sampai tak terbuat. Boleh?
Minecraft Cake, Birthday Cake, Games Cake
 Minecraft chocolate cake. Ini shonna tempah dari my frens kat gombak. FB: Luvable Cake by Shahila.
Photo shoot minecraft, theme birthday party
 Ini saje2 suka2 utk amik gambo. Luv this so much!!
Boy birthday minecraft theme party, Green party, Brown party, Birthday Party
Tara!!!... Shooting time!! byk gambar, tapi censored ye.. ini jer gambar yg dibenarkan. Qistina Qaisara and Manja. hahahhahaa

Goodies bag ideas, minecraft ideas, Malaysia, Goddy bag birthday
Cheaper goodies bag, shonna photostat atas kertas hijau. Jimatkan!

Boy birthday minecraft theme party, food tag, food label, design ideas
 My last minutes ideas, food tag guna plasticine. Dok cari kat kedai 2 ringgit, sekali tinggal 2 boxes jer kaler merah. So my TNT box very colorful.
Table decoration, table birthday party, minecraft table ideas
Table deco, tak sempat nak buat small flower dalam botol kaca, air kaler hijau. InsyaAllah next time birthday lagi 2 budak kecik tuh.
Aikkss? Mana gambar Food? Kekkekekkee... tak sempat nak snap sbb time dah siap2 prepare, naik atas salin baju, bila turun org dah baca yassin, tahlil dan solat zohor. Terus mereka makan, dan makan. Shonna n hubby sibuk layan semua tetamu. Gambar kambing golek pun i tak snap!! uwarghhh. Yang penting, semua tetamu balik dgn perut yang kenyang. Alhamdulillah. 

If uolls nak idea for food. Antara food yang kami sediakan.
Main Food:
1. Nasi Beriyani, 
2. Ayam Masak Merah
3. Daging Kurma
4. Dalca
5. Kambing Golek
6. Ayam Panggang
7. Bihun Sup
 
Dessert:
1. Rojak buah
2. Bubur jagung dan sagu (merah/hijau/kuning)
3. Dadih chocolate
4. Dadih mangga
5. Kek batek
6. Kek chocolate
7. Kueh Lopes Gula Melaka
8. Buah Pisang

Drink:
1. Air Sunquick
2. Teh o 

Bila serve, memang tak cukup table, udah dipesan oleh En Roslan, kena buat extra meja for food. Tapi mama Farris degil. Hehehhee.. padan muka i!

Ok itu jer celoteh shonna tuk kali nie.  Food Entry disini. Nanti i update ttg door gift for majlis kesyukuran. Babai!!

Cara Mendaftar Sekolah utk Anak Darjah 1 di Selangor

Salam, wah baru perasan, permohonan utk kemasukkan ke darjah satu di Selangor dah dibuka dari 1st March hingga 30 April 2013 bagi sessi 2015. So mai kawan-kawan kita register di sini eSPPSEL. Tapi sebelum tuh uolls kena tentukan daerah sekolah dulu yer..

Untuk tentukan daerah sekolah, key in nama sekolah di Sistem Semakan Direktori Sekolah. Shonna memula konfius sbb bila key in nama sekolah, takde dalam database. Kalau terus ada alhamdulillahlah. So cari jela sekolah2 yang berdekatan then key in daerah yang sama.


Bila selesai semuanya, print slip seperti dibawah dan bawanya beserta list di bawah (asal dan salinan) ini ke sekolah yang dipohon.

Daftar darjah satu
List yg perlu dibawa ke sekolah yang dipohon.

1. Sijil Lahir
2. Bil utiliti
3. Kad pengenalan ibu bapa
4. Surat Nikah
5. Surat hak penjagaan jika berkaitan
6. Laporan doktor & Kad OKU jika berkaitan.

Tara... Registered!! 

daftar darjah satu

If uolls nak ngk tahu module dalam Aplikasi ESPP Selangor. Shonna ada cerita kat sini dengan lebih detail.

Shonna: Selamat mendaftar!!



Serangan di Lahad Datu, pagi Selasa, 5 Mac 2013.

Semoga tentera Malaysia kita disana dilindungi Allah SWT.

Pkl 7.30 pagi tadi, jet pejuang malaysia telah mengugurkan 2 butir bom keatas kedudukan tentera Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan di lahad datu. Namun Abraham Idjarani selaku jurucakap kesultanan Sulu melaporkan kpd stesen radio Filipina dzBB dgn mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie. Bom tersebut tersasar 1km dr kedudukan penceroboh. Boleh caya ker si idjarani nie? Apa2 pun mailah kita berdoa ajar penduduk Malaysia dilindungi.

Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori.Sumber: Malaysiakini.
Bunyi letupan telah berhenti sejak jam 9, hopefully tiada tentera kita yang terkorban lagi. Cukuplah 8 org, sudah terlalu ramai dah. Moga krisis ini dapat diselesaikan secepat mungkin.

Shonna: Sama-samalah kita berdoa, semuanya akan selamat dan kembali aman. Ameen!

Tadika Sri Ara, LP 8/Puncak Jalil

Salam Jumaat semua,
Puncak Jalil, Seri Kembangan, Lestari Perdana, LP 8
Tadika Sri Ara, LP 8
Hari nie mcm terpanggil nak share info sket pasal tadika Sri Ara, di LP8, Lestari Perdana, Seri Kembangan ni. Bukan apa, topic lunch bersama-sama kawan2 hari nie, byk cerita pasal progress anak di tadika. Bukan tujuan nak promote/riak or apa2 ye. Before entry nie shonna dah citer camner bley tergerak hati utk pilih tadika kat sini. Pada masa tuh kami tawakal dan berserah pada yang Esa, moga ini tadika terbaik utk anak.

Yang bestnya Tadika Sri Ara, mereka start orientation day 2 weeks before school open. So, as a parents kita bolehlah temankan mereka awal 2 minggu. Kalau dah buka sekolah, kita pula yang sibuk, kalau ada anak darjah 1 pun haru kan, mana satu kita nak teman sehari dua, nak pastikan bas sekolah htr betul ker ke taska/rumah & so on. So sker sgt dgn inisiatif awal 2 minggu mrk ini. SMART!!

Apa yang kami sgt2 teruja ialah, satu malam sedang kami dan anak2 lain sibuk buat homework. Izz (si bongsu) dgn gembira mengeluarkan buku Peter and Jane nya dan membaca dgn baik sekali. Kami sgt2 terperanjat bila tau dia dah tau baca. Sejak hari tuh, setiap kali dia baca habis bukunya kat rumah, esok pagi pula, mamanya kena mengadap teachernya utk minta dptkan buku seterusnya.

Alhamdulillah, baru 2 bulan di sana, Izz dah pandai baca dan eja 2 suku kata, walaupun tak lancar lagi. Dah kenal dan boleh membaca alif ba ta sampai ya. Bagi kami, ianya satu permulaan yang baik sangat. Moga Izz menjadi cepat pandai lagi ye!! Bolehlah bersaing dgn Farris dan Qistina. Btul tak kak Qis?

Kalau mula2 pergi sekolah dulu, dialah yang akan menangis sakan setiap pagi, sampai kawan-kawan ajuk sbb sker sgt nangis (w/pun kat umah dia kaki buli abg dan kakaknya), pastu susah betul nak bangun pagi. Ini semua sindrom anak bongsu, ngada2 lebih. Tapi kini, alhamdulillah, maybe dia dah seronok ke sekolah dan ramai kawan.

Oh ye, ex-neber shonna before this juga htr anak dia kat sini, bila dia berpindah dan htr ke tadika baru, dia kata Tadika Sri Ara masih yang terbaik. InsyaAllah!

If uolls nak visit tadika nie, addressnya ada dibawah. Kelas bermula seawal 8 pagi hingga 12 tghari, utk 4-5 tahun. Manakala utk 6 tahun, ada enrichment class from 1pm- 3pm. Sgt bagus!! Dan Taekwondo pada setiap hari jumaat.

Communication Book juga disediakan sebagai medium komunikasi antara parents dgn school.

No 2, Jalan LP 8/11, 
Taman Lestari Perdana, 
43300 Seri Kembangan, Selangor.

tadikasriara@gmail.com

Shonna: Kalau uolls ada lagi tadika yang best2 kat area ni, bolehlah sharekan. Shonna masih baru kat area sini.
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...