Showing posts with label Pendaftaran Sekolah. Show all posts
Showing posts with label Pendaftaran Sekolah. Show all posts

Borang pendaftaran kemasukkan ke Darjah 1 tak lengkap!

Salam,

Pada cuti sekolah yang lepas. (hahahhaa, macam buat ayat karangan darjah 3) Puan Shonna dan anaknya yang bongsu telah ke sekolah berhampiran untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah rendah, (haru biru ayat budak ni)
________________________________________________________________________

Setiba di sekolah, dan memberi salam, kami pun menyatakan tujuan hadir dan menyerahkan semua dokumen yang dikehendaki seperti di sini. Tetiba pegawai bertugas menyatakan dokumen tidak complete. Eh.. bukan dah ade semua ker? Pegawai bertugas berkata list yang tiada ialah:

A. 2 keping sampul surat (6"x9") - sila tulis alamat penuh.
B. 2 keping setem yang bernilai 60sen tertampal di sampul surat tersebut.

List diatas ialah tambahan yang baru dikeluarkan. Ooo begitu.... so senarai dibawah ialah yang terkini apa yang mereka mahukan.. So, sila catit ye ibubapa sekalian. Dan minta pihak yang berkenaan tolong update info ini di eSPPSEL.

List terbaru Mac 2013. Bil utiliti tuh, mereka mau yang original ye. Pastikan bil dah bayar. Hehhehehe.

Yeaayy... tak sabar nak sekolah bersama abang dan kakaknya. Ada macam cikgu-cikgi tak?

So kenalah kami datang semula utk htr sampul surat tersebut. Nasib baik rumah dekat jer. So pengajarannya kepada diri sendiri jugak, adalah lebih baik/patut telepon sekolah dulu sebelum pergi utk apa2 acara/pendaftaran pun. Sebabnya maklumat selalu jer tak cukup di internet! Bilakah perlu jadi efficient wahai pihak2 tertentu?

Cara Mendaftar Sekolah utk Anak Darjah 1 di Selangor

Salam, wah baru perasan, permohonan utk kemasukkan ke darjah satu di Selangor dah dibuka dari 1st March hingga 30 April 2013 bagi sessi 2015. So mai kawan-kawan kita register di sini eSPPSEL. Tapi sebelum tuh uolls kena tentukan daerah sekolah dulu yer..

Untuk tentukan daerah sekolah, key in nama sekolah di Sistem Semakan Direktori Sekolah. Shonna memula konfius sbb bila key in nama sekolah, takde dalam database. Kalau terus ada alhamdulillahlah. So cari jela sekolah2 yang berdekatan then key in daerah yang sama.


Bila selesai semuanya, print slip seperti dibawah dan bawanya beserta list di bawah (asal dan salinan) ini ke sekolah yang dipohon.

Daftar darjah satu
List yg perlu dibawa ke sekolah yang dipohon.

1. Sijil Lahir
2. Bil utiliti
3. Kad pengenalan ibu bapa
4. Surat Nikah
5. Surat hak penjagaan jika berkaitan
6. Laporan doktor & Kad OKU jika berkaitan.

Tara... Registered!! 

daftar darjah satu

If uolls nak ngk tahu module dalam Aplikasi ESPP Selangor. Shonna ada cerita kat sini dengan lebih detail.

Shonna: Selamat mendaftar!!



Pendaftaran Sekolah Murid-Murid Darjah 1 di Malaysia 2014/2015

Salam parents,

Pendaftaran Sekolah Murid-Murid Darjah 1 sessi 2014/2015 di Selangor, apa yang shonna faham, ianya boleh dibuat dalam 2 cara. Bagi ibu bapa yang mempunyai kemudahan internet, bolehlah membuat secara ONLINE. Manakala yang tiada akses internet, bolehlah mendapatkan bantuan dari pihak sekolah dgn membawa terus dokumen yang diperlukan. (List dibawah)

Actually bagus juga jika proses ini dilakukan secara ONLINE, dapat menjimatkan masa dan tenaga, kurangkan penggunaan kertas, elakkan kesesakan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Ini barulah work smart kan!!!

Untuk Pendaftaran secara ONLINE.
Ibu bapa dikehendaki membaca PENGENALAN SISTEM dan memahami semua kandungan di dalam TATACARA DAN PANDUAN untuk mengisi permohonan.

Semasa membuat PERMOHONAN ONLINE, pastikan semua kod dan maklumat adalah tepat untuk megelakkan permohonan ditolak atau gagal. Setelah lengkap, slip permohonan perlu diCETAK dan perlu dibawa ke sekolah bagi tujuan mengesahan Perakuan Permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan bersama-sama senarai dokumen (asal dan photostat) yang di pinta seperti:
  1. Cetakkan borang pendaftaran online
  2. Bil (telephone/air/letrik) daripada alamat rumah yang didiami
  3. Surat beranak/Sijil kelahiran anak yang didaftarkan
  4. Kad MyKid
  5. Kad pengenalan ibu bapa
  6. Sijil perkahwinan
SEMAKAN STATUS PERMOHANAN boleh dibuat dari masa kesemasa. NO PIN yang diberi perlu disimpan bagi tujuan semakan dan kemaskini profill/permohonan.

Graf dibawah, shonna visualkan supaya uolls nampak flow/standard operation procedure (SOP) nya. Kalau salah minta diberitahu kay. Hehehheee... 

Register murid sekolah darjah satu
Module dalam Aplikasi ESPP Selangor
Segala maklumat diatas berdasarkan kefahaman shonna jer, jika ada tersilap sila inform tuan punya blog ye. Maklumat terkini dan terperinci untuk pendaftaran perlulah disemak di lama web eSPPSEL SISTEM PENGURUSAN, PERMOHONAN DAN SEMAKAN MURID TAHUN 1, NEGERI SELANGOR.

p/s: Shonna dah daftar si bongsu. Link disini.




Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...