Showing posts with label ArtWork. Show all posts
Showing posts with label ArtWork. Show all posts

DIY Door Gift / Cenderahati

Assalamualaikum,

Hari ni shonna nak share toturial untuk membuat door gift. Selalu nya door gift kita akan bagi kepada tetamu yang hadir sebagai cenderahati yang boleh disimpan untuk kenangan.

Terfikir sesuatu yang tetamu akan gunapakai semula atau pun akan disimpan baik sebagai perhiasan. Untuk majlis yang lepas, shonna hanya buat yang simple dan tidak memakan belanja yang besar.

Bagi pendapat shonna, yang penting ialah makanan yang terhidang, biar tetamu puas/cukup makan. Janganlah sampai decoration ngah tapi makanan yang disediakan ala kadar jer. Itu pendapat personal shonna jer. Hehehhee, lain orang lain pendapatnya.

So untuk door gift kali nie, barang-barang yang diperlukan ialah:
1. Crepe paper (warna ikut tema majlis)
2. Botol kaca
3. Bekas/sarung kertas
4. Gula-gula
5. Tag "terima kasih"

Crepe paper boleh dibeli di kedai-kedai bunga, 
Manakala gula-gula carilah kat kedai borong, murah banyak tau!

Botol kaca dan sarung kertas shonna dapatkan dari kedai bunga Vivian di Chow Kit. Tag "terima kasih" buat sendiri.

 Untuk dapatkan tone warna yang dikehendaki, boleh susun macam gambar diatas.
Last sekali, letaklah gula-gula semuat mungkin.

 Lekatkan tag pada penutup botol kaca. Door gift akan kelihatan dari luar seperti diatas.
Nampaklah penuh sikitkan botol kaca diatas.

Akhir sekali, letakkan door gift di dalam sarung kertas. Wallaa!! Nampak exclusive sket. Modal pun tak sampai RM2. 

Semoga tutorial ini dapat membantu pengunjung blog shonna, blog yang tak seberapa ini.
Selamat mencuba ye!!  ENJOY!!

Shonna: Camnerlah entry before ni terdelete, careless betul mak!! Puas memerah idea semula! Nangis!

Majlis Kesyukuran & Minecraft Theme, 11th Birthday Party for Farris Danish! PART 2

Salam Penghulu Hari, salam Jumaat!

Lunch entry, sambungan dari PART 1. Akhirnya dapat lah sket food photo dari photographer yg tak dilantik. Saudara Afif dari Kajang. Thank afif!! Patut tugasan dia hari tuh, tukang jaga kanak2! Kan? hehehheee...

Majlis Kesyukuran,Kanopi, Canopy, Green Brown, Seri Kembangan
Kanopi pyramid theme hijau cokelat! Last minutes theme!

Majlis Kesyukuran, Table buffet, table display
Table Buffet, tray pinjam dari bonda Salmah.

Majlis Kesyukuran, candy buffet, Seri Kembangan Malaysia
Candy Table, tray dari DIY Shop. sgt murah!! Daiso pun ade, tapi 3 tingkat jer.

Majlis Kesyukuran, water dispenser tupperware brands, Ikea
14 Litre Tupperware Water Dispenser, Gelas Air dari Ikea, murah!! 6 pieces RM4.90 rasanya!

Majlis Kesyukuran, Rojak Buah, Petis, Seri Kembangan
Rojak buah & Petis!

Majlis Kesyukuran, Nasi beriyani, Ayam Masak Merah, papadom
Nasi Beriani dan Lauk Pauk!

Kueh mueh, Majlis Kesyukuran
Pelbagai Kek dan Kueh Mueh.

Majlis Kesyukuran, Jeruk Penang, Masam Manis
Jeruk Penang, baru best!!! Masam Manis!

Majlis Kesyukuran, Tapai pulut, kueh mueh, Lopis gula melaka
Tapai Pulut dan Lopes Gula Melaka.
 Hope uolls ade ideas bila nak display food kat majlis uolls nanti ye. Shonna pun bukan mahir sgt pun. Minat sket2 jer.

Majlis Kesyukuran & Minecraft Theme, 11th Birthday Party for Farris Danish! PART 1

Salam,
Wah barulah ada masa sket nak mengupdate blog ni. Punyalah busy di opis dan di rumah. Di opis busy sbb KSU nak datang, di rumah tuh busynya sebab nak buat preparation for celebrate birthday anak sulung tuh. Then last minute punya thema anak teruna shonna ni bagi. Mulanya shonna dah tempah kanopi with my favorite color (biasalah mama yg gile kuasa color), then dah buat sikit deco ikut color mama dia sker, terus kena tukar color. So color pilihan ialah HIJAU dan COKELAT. Hah kau, combination kaler tak pernah dipilih org! Sib baik abang kanopi tu OK jer. Siap datang umah bawak sample kain. Thank you En Roslan., harga mmg murah sebab dah survey lebih dari 5 agen kanopi yg dekat2 umah ni..

Untuk kali ni, thema yang dipilih ialah MINECRAFT. Bagi anak2 yang kaki games, game ni mesti mereka biasa main. Games ni shonna rasalah macam developer yg nak buat rumah, ada batu bata, pokok, boleh buat tasik, food, animals dan macam2 lagilah. Then ade zombielah, apalah... aiyak, macam2lah yang ada. Naik hantu gaklah mama dia bising kalau semua duk main minecraft online jer 3 beradik tuh.

Yang uniknya game ni ialah semua benda dibuat daripada pixel. PIXEL art, sapa yang biasa keje2 dgn kaler or designer sure taukan pixel tu apa kebendanya? semuanya tentang SEGI/KOTAK. So memang senanglah nak buat decorationnya.

So, jom check it out apa yang FARRIS DANISH dah buat mama dia BUSY sgt! 

Kids, Boy birthday minecraft theme party
Inilah rupa MINECRAFT. Yang ini pixel papercraft. Boleh print dari online website. If uoll nak please pm me okay. Shonna save byk sgt, sampai tak terbuat. Boleh?
Minecraft Cake, Birthday Cake, Games Cake
 Minecraft chocolate cake. Ini shonna tempah dari my frens kat gombak. FB: Luvable Cake by Shahila.
Photo shoot minecraft, theme birthday party
 Ini saje2 suka2 utk amik gambo. Luv this so much!!
Boy birthday minecraft theme party, Green party, Brown party, Birthday Party
Tara!!!... Shooting time!! byk gambar, tapi censored ye.. ini jer gambar yg dibenarkan. Qistina Qaisara and Manja. hahahhahaa

Goodies bag ideas, minecraft ideas, Malaysia, Goddy bag birthday
Cheaper goodies bag, shonna photostat atas kertas hijau. Jimatkan!

Boy birthday minecraft theme party, food tag, food label, design ideas
 My last minutes ideas, food tag guna plasticine. Dok cari kat kedai 2 ringgit, sekali tinggal 2 boxes jer kaler merah. So my TNT box very colorful.
Table decoration, table birthday party, minecraft table ideas
Table deco, tak sempat nak buat small flower dalam botol kaca, air kaler hijau. InsyaAllah next time birthday lagi 2 budak kecik tuh.
Aikkss? Mana gambar Food? Kekkekekkee... tak sempat nak snap sbb time dah siap2 prepare, naik atas salin baju, bila turun org dah baca yassin, tahlil dan solat zohor. Terus mereka makan, dan makan. Shonna n hubby sibuk layan semua tetamu. Gambar kambing golek pun i tak snap!! uwarghhh. Yang penting, semua tetamu balik dgn perut yang kenyang. Alhamdulillah. 

If uolls nak idea for food. Antara food yang kami sediakan.
Main Food:
1. Nasi Beriyani, 
2. Ayam Masak Merah
3. Daging Kurma
4. Dalca
5. Kambing Golek
6. Ayam Panggang
7. Bihun Sup
 
Dessert:
1. Rojak buah
2. Bubur jagung dan sagu (merah/hijau/kuning)
3. Dadih chocolate
4. Dadih mangga
5. Kek batek
6. Kek chocolate
7. Kueh Lopes Gula Melaka
8. Buah Pisang

Drink:
1. Air Sunquick
2. Teh o 

Bila serve, memang tak cukup table, udah dipesan oleh En Roslan, kena buat extra meja for food. Tapi mama Farris degil. Hehehhee.. padan muka i!

Ok itu jer celoteh shonna tuk kali nie.  Food Entry disini. Nanti i update ttg door gift for majlis kesyukuran. Babai!!

Pirate of Carribean, Gombak. (September 2007)

The first season of Pirate Master.
Caricature from RAM gila2... International Book Fair 2006, PWTC
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...