Assalamualaikum.
Betul ker minum air kosong boleh mengurangkan berat badan? Yang shonna tahu badan kita memang perlukan air kosong 8 gelas sehari, gelas besar mana, shonna pun tidak pasti. Kalau cawan kopi biasanya hanya 350ml, dikali 8 baru 2.8 liter. Rata-rata carian google dan merayap dari blog ke blog tengahari tadi, memang ade testimonial yang menyatakan kebenarannya.
Kenapa tiba-tiba entry pasal air ya? Actually, telah dicabar oleh
seorang member lama untuk sama-sama menjaga kesihatan diri. Lama dah dia
mengajak shonna ber aerobic di Taman Bukit Jalil pada setiap ahad pagi.
Diriku memang rajin bersenamkan? Namun setiap kali berhari ahad, diriku
yang comel ini tidak pernah mau munculkan diri.
Nah
kau, satu hari secara tiba-tiba dia memunculkan diri di depan rumah.
Kekekekeke, mana mahu lari? Hahahahaa.. payah sangat nak ajak
berjoggingkan. So, selepas kena lecture, ambil berat badan, kira kalori,
kira air, kira macam-macam lagi. Tara... ini cabarannya minum 4 liter
air kosong sehari dan jaga makan.
Berapa liter air sebenarnya yang diperlukan? 2, 3 atau 4 liter? Ada yang terbaca tadi, ikut bilangan berat seseorang. Bila kira, berat shonna yg 78kg (opps, sangat berat ya) perlukan 4 liter sehari. Hah amik kau! semput nak menghabiskannya. Tapi ada cara bagimana nak minum dengan efektif, bukan terus minum 4 liter sampai kembung. Minumlah sikit-sikit tapi selalu. Jangan tunggu haus baru minum. Namun perlu bersedia mental dan fizikal untuk ketandas lebih 15 kali ya. Shonna pun baru start minggu ini. Semoga berjaya menjadi lebih sihat ya. Fighting!
Formula untuk diri sendiri
4 liter sehari
Pagi 8.00 - 12.00 = 2 liter (500ml setiap jam)
Petang 2.00 - 6.00 = 1.5 liter
Malam = 500ml
Sempat juga mencari link-link pemakanan yang betul dan sihat dari Kevin Zahri @Cikgu Fitness. Buku kat rumah pun ada juga yang telah bertahun-tahun dibeli oleh En Hubby. Dia memang diet ala Kevin Zahri (di suatu ketika dulu) hehehehehee.
http://kevinzahri.com/
http://www.cekodok.com/
Yakinkan diri dan tekad ya Puan Shonna dan En Hubby! Semoga berjaga membentuk keluarga yang sihat dan bahagia. Ameen.
Menyahut Cabaran Minum 4 Liter Air Sehari.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Powered by Blogger.
Semoga awk bjaya.memg boleh 2run taw.ini btl punya.xpyh jogging sb bla g toilet pun dah pnt.dah 2run kilo sbnrnya.nurul wt 1bln lbh berat dr 69kilo jd 63je.bru tmbg memg tkejut.huhu
ReplyDeleteHi Nurul, wah 1 bulan lebih dah turun 6 kg! Congrats friend, sgt hebat ni! Kena belajar dari Nurul ni. Cara pemakanan Nurul kawal macam mana ye? Sibuk kan nak tahu... heheheheee...
ReplyDeleteCabaran yang bagus ni...kita pun susah sangat nak minum air suam..kena paksakan diri jugak..so good luck to you...
ReplyDelete