Assalamualaikum wbt...
Berakhirnya PRU13 Malaysia dalam pukul 12.50 (6.5.2013) tgh mlm tadi apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional menang majoriti 2/3 kerusi parlimen. Bagi saya, semuapun menang.

![]() |
Keputusan PRU 13 - Parliment |
![]() |
Keputusan PRU 13 - DUN |
Nak komen banyak pun tak pandai mana, tapi nak gak komen serba sikit sebab risau sangat dan sudahpun pukul 4 pagi namun mata saya masih tak mahu lelap.
Sebagai rakyat Malaysia sejati, saya bersyukur Barisan Nasional (BN) menang pada kali ini, (tak bermakna saya sokong atau tidak) walaupun ade segelintir ahli-ahli BN yg perlu diSEDARkan dari lamunan mimpi yg terlalu panjang.........
Marah? Memanglah hak kita utk marah. Macam-macam isu yg timbul, macam-macam persoalan perlu dijawap, namun kesahihannya belum pasti. Yang pasti hanya, yang sana mengutuk yang sini, yang sini mengutuk yang sanun, pusing-pusing situ juga. Alih-alih yang sana, yang sini dan yang sanun terperanjat dgn keputusan PRU kan? Baru sedar langit tuh tinggi rendah. Sikit lagi nak terngadah...
Aduhai, tidak kesiankah kita kepada kaum majoriti yg berpecah belah!! Bangunlah! Sedarlah! Takkan nak ubah jadi minoriti? Berapa lama mahu lagi begini? Apa salahkah kalau kita berSATU menjadi SATU Malaysia!
Cukup-cukuplah!
Jangan asyik-asyik marah sampai negara dijajah!
Janganlah asyik-asyik bising tanpa apa-apa tindakan yg positif!
Janganlah asyik-asyik bangkang tanpa ada sebarang pertimbangan!
Dan yang penting...
Jangan asyik-asyik salah guna kuasa bila telah diberi kepercayaan! Kan..

Saya berharap dan berdoa semoga AMANAH yg diberikan kpd seluruh pemenang PRU kali ini, dapat memberi manfaat yg besar kpd TANAHAIR kita. Kan bagus ada kerajaan dan pro kerajaan. Takdelah asyik kelaut saja nanti. Yang penting, kerjasama dlm memajukn rakyat dan negara.
Semoga PM kita dapat mentadbir Malaysia menjadi negara yang aman terutamanya dari sudut keharmonian pelbagai kaum, kestabilan ekonomi dan sebagainya. Mungkin ada yang masih nampak ianya kejayaan besar BN, namun bagi saya BN memegang amanat yang sangat berat kali ini.
Kita pula sebagai rakyat, janganlah kita hanya mementingkan diri dengan menunding jari kesana kemari tanpa risau perasaan orang/kaum lain. Sayangi MALAYSIA ok!! Kan Malaysia sebuah negara yang MAJMUK!
Dah tiba masanya kita dalam SEMUA PARTI bekerjasama untuk membangunkan MALAYSIA. Tetapkan OBJEKTIF yang kukuh, sama mencapai kata SEPAKAT, dan sama-sama menuju WAWASAN!! Peace....
SAYA CINTA KAN MALAYSIA YANG HARMONI!
SAYA SAYANG NEGARA SAYA!
p/s: Ini hanya pendapat personal saya, apa pun pendapat anda, saya menghargainya. Terima kasih.
SAYA CINTA KAN MALAYSIA YANG HARMONI!
SAYA SAYANG NEGARA SAYA!
p/s: Ini hanya pendapat personal saya, apa pun pendapat anda, saya menghargainya. Terima kasih.
Shonna: menulis dr phone hati kecilku. Peringatan utk diriku jua, jangan sampai negara tergadai!
0 comments:
Post a Comment