Hari ni nak story sket pasal tadika / kindergarten. Kalu kita ade anak yg nak masuk tadika, confirm kepala kita mula nak migrainkan? (kalau shonnalah ye, org lain tak taulah pulak, maybe segenlintir ok je la kut) Mana taknye, fees depa nie mengalahkan budak nak masuk university kan? Itu yang mak shonna ckplah. Terperanjat btul dia, bila dgr fees cecah ribuan ringgit nie. Dulu time anak dia, masuk tadika perpaduan jer. Free ajer, jadi gak manusia. Katanyalah.. hehehehhee.
Yang lagi x brape best tuh, fees utk awal2 tuh dahlah ribuan RMkan, pastu monthly fees ada yang nak cecah RM400? buat duit btul depa nie.
Tapi zaman sekarang nie, nak masukkan tadika perpaduan or seangkatan dgnnye, gaji mesti tak lebih dari sekian2lah, itulah, inilah. Aduhai, lama2kan rasa duit gaji kita nie macam dah takde value jer, keshian kt kita yg hidup biasa-biasa je ni.. lagi keshian kat mereka yg susah.
Nak cari yang terbaik utk anak vs yang terbaik utk poket mak bapak dia. Yang mana jadi pilihan? Kalau boleh nak htr gi tadika yang bagus sejajarlah dgn duit yang kita keluarkan kan? Ini utk anak shonna yang ketiga. Abang dan kakaknya dulu kami htr di Tadika Sempurna, Gombak. (time ni duk umah MIL kat tmn berjaya) Kat sini mmg terjamin bermutu dan takdelah mahal sgt. Tadika nie dari zaman sepupu2 mereka dedulu lagi. mmg shonna syorkan korang htr anak2 kat sini.
Now kami berpindah ke Sri Kembangan, tmpt baru, so tak braper tahu sgt ttg tadika2 kat area sini. So last year, start November dah survey beberapa tadika dari website. Mmg list yang teratas ialah tadika2 yang gah nama nya, seperti Smart reader, Genius aulad, CIC, Brainybunch, Qdees dan sebagainya. Ada byk pro & con, cuma perlu tepuk dada, tanye poket. kakakakaa..
Ada jugak kami ke open day mereka, mula2 rasa macam ok jer nak htr kesana, tapi bila timbang2 semula macam tak jadi pula. Ini antara faktor2 yang perlu uoll kisahkan ialah:
1. Module pembelajaran
2. Masa belajar
3. Yuran pendahuluan
4. Yuran bulanan
5. Transpotation pergi balik
1. Module pembelajaran
Kita kena pastikan sesuai utk anak2 kita. Kang htr yg std international school, mak bapak ckp minang je kat umah, tak sesuailah pulak. Tapi byk sekarang yg medium english, english mmg pentingkan? walaupun utk UPSR BM kena score 2A dari english 1A jer. Yang penting ada belajar Iqra', solat, English, Bahasa Melayu, Maths & Art pun dah cukup. Bahasa mandarin/tamil kalau ada, extra bonuslah utk mereka.
2. Masa Belajar
Bab ini kami mmg nak puas hati, takmolah masuk belajar pkl 9, balik pkl 11.30. braper jam sgtlah mrk belajarkan? 2.5 jam (time makan+dtg lewat+kacau kawan+nyanyi)? cukup ker kalau byr sebulan RM400? hehehhe Sbb nnt petang depa ada class petang pulak. So carilah yang masuk awal dan balik selewat yang boleh. Sebabnya budak2 kecik nie, mereka boleh terima pelbagai-bagai jenis ilmu. So carilah start 7.30 - 8.00 am sampai 12 - 1pm.
3. Yuran pendahuluan
Pastikan dah siap2 kumpul awal. Maybe budgetlah dalam 1K-2K, kalau dah tau ada anak nak masuk tadika, duit bonus tuh simpan awal2, jgn joli katak... hehehhee. Kalau yang x pernah dpt bonus macam mama shonna nie, pakai jelalah duit laki. (tips berguna nie)
4. Yuran bulanan
Pastikan yang ade dlm budget kita setiap bulan. Kalau rasa mampu RM150 sebulan, jgnlah pi pilih tadika yang RM350 sebulan. Kang tak pasal2 kowang buat hutang dgn credit card, ini hutang JAHAT namanya. Dan perlu ingat walaupun cuti sekolah, yuran bulanan tetap kena bayar. Ini berkaitan isu maintance mereka, macam sewa tadika/gaji guru dan sebagainya.
5. Transpotation pergi balik
Kalau duk KL dan Selangor, nak2 tgh2 bandar. Harga minyak mereka tak sama, so kalau dulu mak duk gombak, bayar duit bas cuma rm50 jer.. bila duk sri kembangan dia jadi RM150. Sbbnye mereka nie pakai minyak gred AAA. tak gitu? Yang inipun sama, sekolah ker cuti ker bulan2 mau kena byr. So ade baiknye pilihlah tadika yang dekat ngan umah/taska anak2 kowang.
Itu antara faktor yang kami amibil kisah. Hopefully membantulah serba sikit. Apa-apapun pilihan ditangan anda, ada duit semua boleh dpt yang terbaikkan dan dpt buat yang terbaik utk anak-anak. Cuma kita bukan semua nya senangkan. Cuma kita sebagai ibu bapa, akan buat terbaik mengikut kemampuan kita sendiri. Huhuhuhhhuuu...
Last sekali, kami htr dia ke Tadika Sri Ara, di LP 8, Sri Kembangan, betul dekat dgn rumah kami. Yuran yang berpatutan dan apa yang kami mahukan semua ade disini.
![]() | |
Every friday are Taekwondo day!!! yippie!! |
Nanti shonna share ttg info tadika Sri Ara dan aktiviti2 nya.
0 comments:
Post a Comment