Pada cuti sekolah yang lepas. (hahahhaa, macam buat ayat karangan darjah 3) Puan Shonna dan anaknya yang bongsu telah ke sekolah berhampiran untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah rendah, (haru biru ayat budak ni)
________________________________________________________________________
Setiba di sekolah, dan memberi salam, kami pun menyatakan tujuan hadir dan menyerahkan semua dokumen yang dikehendaki seperti di sini. Tetiba pegawai bertugas menyatakan dokumen tidak complete. Eh.. bukan dah ade semua ker? Pegawai bertugas berkata list yang tiada ialah:
A. 2 keping sampul surat (6"x9") - sila tulis alamat penuh.
B. 2 keping setem yang bernilai 60sen tertampal di sampul surat tersebut.
List diatas ialah tambahan yang baru dikeluarkan. Ooo begitu.... so senarai dibawah ialah yang terkini apa yang mereka mahukan.. So, sila catit ye ibubapa sekalian. Dan minta pihak yang berkenaan tolong update info ini di eSPPSEL.
![]() |
List terbaru Mac 2013. Bil utiliti tuh, mereka mau yang original ye. Pastikan bil dah bayar. Hehhehehe. |
![]() |
Yeaayy... tak sabar nak sekolah bersama abang dan kakaknya. Ada macam cikgu-cikgi tak? |
So kenalah kami datang semula utk htr sampul surat tersebut. Nasib baik rumah dekat jer. So pengajarannya kepada diri sendiri jugak, adalah lebih baik/patut telepon sekolah dulu sebelum pergi utk apa2 acara/pendaftaran pun. Sebabnya maklumat selalu jer tak cukup di internet! Bilakah perlu jadi efficient wahai pihak2 tertentu?
tumpang tanya puan, saya ni baru je pindah ke bandar putra permai. saya tinggal di taman lestari putra. saya telah ke sekolah hari ni untuk daftar anak tahun 1 2015. dokumen cukup. tapi yang saya khuatir sikit ialah saya juga daftarkan anak saya di sekolah lain. saya daftarkan di sk putrajaya kerana anak sulong saya bersekolah di sana. saya daftar anak saya untuk prasekolah tapi tidak berjaya. saya turut mendaftar dia untuk tahun 1 2015 tapi belum ada jawapan.
ReplyDelete1. bolehkah saya berbuat demikian?
2. bagaimana jika anak saya di terima di kedua-dua sekolah?
3. adakah ini satu kesalahan?
saya khuatir sangat sekarang. :(