Chow Kit Road so Happening!

Assalamualaikum,

Lunch tadi, cuba membusykan diri membuat map kedai-kedai yang menjadi kegemaran shonna. Maklumlah, tidak keluar makan hari ini, baru hari ke3 nak ganti puasa. Uolls confirm dah habis gantikan?

Kedai kegemaran banyak di Chow Kit, diantaranya ialan kedai bunga Vivian, bagi mereka yang mencari bahan-bahan bunga telur dan hantaran. Untuk majlis yang lepas, cenderahati  memang beli dari kedai Vivian. Bersebelahan dengan kedai ini, ada satu kedai borong jajan. Selalu juga beli jajan/kacang kat sini utk majlis kesyukuran dan raya. Landmarknya, tepi kedai murtabak ada lorong kecil TURUN ke bawah, ambil kanan dan cari kedainya.

Jika shonna nak cari plastik, paper bag dan sebagainya. Kedai plastik Wakim juga berdekatan. Macam-macam saiz paper bag, plastik dan pinggan mangkuk pakai buang ada disini. My favorite item kat sini mesti lah beli paper bag for goodies. Uolls boleh juga cuci mata di website mereka. Oh ye, berhadapan kedai Wakim, ada juga kedai-kedai plastik yang kecil-kecil. Apa salah nya membeli dari mereka pula kan?

Kadang-kadang time lunch, teeerajin jalan-jalan cuci mata di Syarikat Menang Glassware kat sini. Macam-macam benda dengan harga yang berpatutan ada. Kalau stok-stok clearance pun banyak. Shonna ada juga membeli piring serve kueh mueh, mangkuk dan pemanggang ajaib kat sini. Jug air kaca pun banyak! Waduh! Rambang mata, hanya perlu siapkan ongkos dari poket bapaknya kalau mau ke sini ya.

Kenduri kahwin, Birthday, Party, Goodies bag
Arah ke kedai-kedai yang best di Chow Kit
Beginilah rupa kedai bunga Vivian
Ini bekas yang dibeli utk majlis kesyukuran yang lepas. Sangat murah!
Shonna: Bahaya tau kalau opis dekat sgt dengan kedai-kedai yang begini? Bikin poket nipis, belum lagi ke kedai bunga reben, kedai kek, kedai segala borong di chow kit dan jalan tar! Pengsan...

1 comments:

  1. bekas yg untutk majlis kesyukuran tu brpe hrga dia?

    ReplyDelete

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...