Dear Mummy & Daddy... by Izz Mirza

Assalamualaikum wbt...

Semalam, balik keje agak lambat. Normallah kalau keje di dalam KL, asal hujan, jalan raya mesti extraordinary punya jammed! So lepas jemput anak, terus ke kedai mamak utk makan malam. Takmo masak saya ker malam nie? Tanya ayam dalam fridge. Kau duduklah bertapa lama sket, perut mak dah tak tahan lapar, jawap ku selamba! Hope si ayam tak berkecil hati. Patut memang turn kena masak dia semalam. Tundalah ye.

Perbualan dalam perjalanan ke kedai mamak Marissa,
Izz: Mama, Izz ada hadiah nak bagi mama dengan papa. 
Mama: Wah best nya, Izz beli apa untuk mama? 
Izz: Mana ada beli apa-apa, duit Izz semua kat dalam bank mama.
(hehehehe, takutnya dengar statement itu! hahahhaa) 
Mama: Habis tuh hadiah apa? 
Izz: Tak boleh cakap, nanti kat rumah izz bagilah! 
Mama: Tak sabarnya mama nak balik rumah.

Usai makan dan sampai dirumah, dengan tak sabarnya dikeluarkan hadiah yang diceritakan tadi dari beg sekolahnya, sekeping kad. Shonna sangat suka dan terharu. Ingatkan mama dia jer pandai buat kad, rupanya si kecik ini pun dah mengikut langkah mama dia. (cewah, statement tak sedar dirikan)

For me, sangat comel dan simple! Yang terperanjat ialah penggunaan warna, agak bijak juga, contoh seperti tulisan mestilah berlatar belakangkan warna yang cerah dan tulisan warna gelap. So ada contrast disitu. Warna-warna ditepinya, adalah warna-warna yang gelap, memang menonjol tajuk kad tersebut.

So memang kena puji banyak2, sebab budak-budak memang suka dipuji. Lagi-lagi kita nampak dengan jelas effort yang dia telah berikan, tak kira sebanyak mana. Kalau puji yang kecil nie, kena jugak puji yang abang dan kakaknya, nanti ada yang terasa hati. :P

sport day, sports day,
Ist Invitation Card: 1oth Annual Sport Day, Tadika Sri Ara, Seri Kembangan.

Sport day, Sports Day
Macam tulis dalam buku tulis, dari atas ke bawah. Kena ajar buat layout dari mama ye.

Ok tak kad yang julung-julung kalinya dibuat oleh adik Izz Mirza Razin nie? Takdelah hebat manakan, mama dia jer yang teruja sakan. :P Hehehehheee...

Nanti Izz dah besar, tengok balik kad ini, mesti dia tanya? Ini kira best ker mama? Sebagai seorang ibu atau bapa, apa saja benda yang baik yang anak-anak mereka lakukan mestilah dipuji. Begitu juga sebaliknya, mesti diberitahu dan dibaiki. Supaya anak-anak mama dan papa akan lebih berusaha dalam apa jua yang dilakukan. Faham tak Izz, Qis dan Farris? Oppss, meleret pula mama shonna!

So, untuk semua parents dari Tadika Sri Ara. Don't forget our kids 10th Annual Sport Day! Detail as below.

Date: 27th March 2013 (Saturday)
Venue: Tadika Seri Ara, Lestari Perdana 8, Seri Kembangan, Selangor
Time: 7.30 am

See you there!! 

MILO... Malaysian Breakfast Day Run!

Assalamualaikum,
Sapa yang tak minum MILO kat sini? Hehehhehee.. Milo menaja larian pd 19 May akan datang. Sesiapa yang  boleh lari 1.5 jam untuk 7 km? Shonna? confirm pancit kat 1km jer.

Ada family fun run untuk 3km. Macam menarik jer kan? 

Sesiapa yang berminat nak join Malaysian Breakfast Day Run tajaan MILO, moh lah register di sini. Tarikh tutup penyertaan pada 3 May 2013.

Date: 19 May 2013 (Ahad)
Time: 7am - 1 pm
Venue: UPM



Each runner will receive:
Race Pack, T-shirt, Timing Chip, Finishing Medal**, Breakfast Voucher and a MILO goodie bag.

Remark:
** Only applicable for runners who finish the run within the given time limit of 1 hour 30 mins.




Each group will receive:
Race Pack, 4 x T-shirt, 4 x Breakfast Voucher, and a MILO goodie bag.

Remark:
Group must be in a maximum of 4 people with minimum 2 adults and 1 child.

Shonna: Padatkan jadual keluarga dengan aktiviti sebegini pun best kan?

Harga emas turun lagi! Ada duit? Bolehlah invest!

Assalamualaikum,
Rata-rata dalam fesbuk hari nie, bercerita ttg harga emas yang jatuh menjunam. Bagi pelabur emas, jatuh atau naik harga emas, tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada mereka. Wah bestkan?  Time jatuh, mereka akan tambah pelaburan, manakala time naik, mereka akan jual untuk meraih keuntungan.

So bagi mereka yang ada pendapatan berlebihan, mungkin ini masa yang sesuai untuk melabur, Tak kiralah dalam bentuk fizikal atau pun buku pelaburan emas.

Cer tengok harga emas yang terkini dari www.kitco.com.

Sempatlahh cupture beberapa bank yang menjual emas fizikal  dan emas dalam bentuk buku pelaburan untuk hari ni 16 April 2013. Jom survey! Oh ye.. tips sebelum melabur, pilihlah spread yang paling rendah ye.. maksudnya, perbezaan harga beli dan harga jual tak berapa jauh. Bolehlah kita memaksimumkan keuntungan!  :P

Bagi mereka yang dah terbeli time mahal, masa nie lah nak balancekan pelaburan supaya tak rasa rugi sangat!

KFH bank
UOB Bank
 
Maybank
Shonna: Nak tambah jugak, tapi boleh nengok jer dia turun! uwarrghhh...

Chow Kit Road so Happening!

Assalamualaikum,

Lunch tadi, cuba membusykan diri membuat map kedai-kedai yang menjadi kegemaran shonna. Maklumlah, tidak keluar makan hari ini, baru hari ke3 nak ganti puasa. Uolls confirm dah habis gantikan?

Kedai kegemaran banyak di Chow Kit, diantaranya ialan kedai bunga Vivian, bagi mereka yang mencari bahan-bahan bunga telur dan hantaran. Untuk majlis yang lepas, cenderahati  memang beli dari kedai Vivian. Bersebelahan dengan kedai ini, ada satu kedai borong jajan. Selalu juga beli jajan/kacang kat sini utk majlis kesyukuran dan raya. Landmarknya, tepi kedai murtabak ada lorong kecil TURUN ke bawah, ambil kanan dan cari kedainya.

Jika shonna nak cari plastik, paper bag dan sebagainya. Kedai plastik Wakim juga berdekatan. Macam-macam saiz paper bag, plastik dan pinggan mangkuk pakai buang ada disini. My favorite item kat sini mesti lah beli paper bag for goodies. Uolls boleh juga cuci mata di website mereka. Oh ye, berhadapan kedai Wakim, ada juga kedai-kedai plastik yang kecil-kecil. Apa salah nya membeli dari mereka pula kan?

Kadang-kadang time lunch, teeerajin jalan-jalan cuci mata di Syarikat Menang Glassware kat sini. Macam-macam benda dengan harga yang berpatutan ada. Kalau stok-stok clearance pun banyak. Shonna ada juga membeli piring serve kueh mueh, mangkuk dan pemanggang ajaib kat sini. Jug air kaca pun banyak! Waduh! Rambang mata, hanya perlu siapkan ongkos dari poket bapaknya kalau mau ke sini ya.

Kenduri kahwin, Birthday, Party, Goodies bag
Arah ke kedai-kedai yang best di Chow Kit
Beginilah rupa kedai bunga Vivian
Ini bekas yang dibeli utk majlis kesyukuran yang lepas. Sangat murah!
Shonna: Bahaya tau kalau opis dekat sgt dengan kedai-kedai yang begini? Bikin poket nipis, belum lagi ke kedai bunga reben, kedai kek, kedai segala borong di chow kit dan jalan tar! Pengsan...

DIY Door Gift / Cenderahati

Assalamualaikum,

Hari ni shonna nak share toturial untuk membuat door gift. Selalu nya door gift kita akan bagi kepada tetamu yang hadir sebagai cenderahati yang boleh disimpan untuk kenangan.

Terfikir sesuatu yang tetamu akan gunapakai semula atau pun akan disimpan baik sebagai perhiasan. Untuk majlis yang lepas, shonna hanya buat yang simple dan tidak memakan belanja yang besar.

Bagi pendapat shonna, yang penting ialah makanan yang terhidang, biar tetamu puas/cukup makan. Janganlah sampai decoration ngah tapi makanan yang disediakan ala kadar jer. Itu pendapat personal shonna jer. Hehehhee, lain orang lain pendapatnya.

So untuk door gift kali nie, barang-barang yang diperlukan ialah:
1. Crepe paper (warna ikut tema majlis)
2. Botol kaca
3. Bekas/sarung kertas
4. Gula-gula
5. Tag "terima kasih"

Crepe paper boleh dibeli di kedai-kedai bunga, 
Manakala gula-gula carilah kat kedai borong, murah banyak tau!

Botol kaca dan sarung kertas shonna dapatkan dari kedai bunga Vivian di Chow Kit. Tag "terima kasih" buat sendiri.

 Untuk dapatkan tone warna yang dikehendaki, boleh susun macam gambar diatas.
Last sekali, letaklah gula-gula semuat mungkin.

 Lekatkan tag pada penutup botol kaca. Door gift akan kelihatan dari luar seperti diatas.
Nampaklah penuh sikitkan botol kaca diatas.

Akhir sekali, letakkan door gift di dalam sarung kertas. Wallaa!! Nampak exclusive sket. Modal pun tak sampai RM2. 

Semoga tutorial ini dapat membantu pengunjung blog shonna, blog yang tak seberapa ini.
Selamat mencuba ye!!  ENJOY!!

Shonna: Camnerlah entry before ni terdelete, careless betul mak!! Puas memerah idea semula! Nangis!

Jom ke Smart Kids 2013 di PWTC!

Salam Jumaat my dear friends,
Picture from Smart Kids 2013
Smart Kids 2013, Malaysia's Largest Education Kids Fair akan berlangsung di PWTC tak lama lagi. Wah, sungguh excited! Teruja nak cari tiket2 murah ke tmpt yang best mcm kidzania, legoland, hello kitty town & lain2. Selain itu, byk juga buku-buku/online education yang amat bermanfaat untuk anak-anak. Ohh ye, byk jugak contest2 yang boleh anak kita sertai. Bolehlah mereka expose sketkan.  Sekali sekala bawa anak-anak ke expo begini, awesome jugakkan? Kalau susah nak parking, uolls boleh naik STAR LRT (link - click on Ampang Line) dan berhenti di PWTC. Senang aje, kalau anak2 shonna sker jer kalau nak naik tren nie. Detail Smartkids ada dibawah.

Picture from MyRapid

SMART KIDS details:
19 April - 20 April 2013 [10.30am - 8.00pm]
21 April [10.30am - 7.00pm]

Masuk PERCUMA untuk KANAK-KANAK berumur 16 tahun kebawah
RM5.00 untuk DEWASA

Bertempat di PWTC.

Boleh juga buat Pre Register tapi sebelum 31st March 2013 (dah lepas pun, tapi uolls try jelaa. manatau boleh dapat jugak!)
Benefit dia: 
1. Free admission ticket for adult.
2. Redeem a Smart Kids limited edition bag for kids
3. Avoid long queue.

So jangan lupa catitkan di dalam handphone anda tarikh2 bersosial bersama anak2 ye!! Jumpa di Smart Kids nanti!!!  Bye...

Borang pendaftaran kemasukkan ke Darjah 1 tak lengkap!

Salam,

Pada cuti sekolah yang lepas. (hahahhaa, macam buat ayat karangan darjah 3) Puan Shonna dan anaknya yang bongsu telah ke sekolah berhampiran untuk mendaftarkan anaknya ke sekolah rendah, (haru biru ayat budak ni)
________________________________________________________________________

Setiba di sekolah, dan memberi salam, kami pun menyatakan tujuan hadir dan menyerahkan semua dokumen yang dikehendaki seperti di sini. Tetiba pegawai bertugas menyatakan dokumen tidak complete. Eh.. bukan dah ade semua ker? Pegawai bertugas berkata list yang tiada ialah:

A. 2 keping sampul surat (6"x9") - sila tulis alamat penuh.
B. 2 keping setem yang bernilai 60sen tertampal di sampul surat tersebut.

List diatas ialah tambahan yang baru dikeluarkan. Ooo begitu.... so senarai dibawah ialah yang terkini apa yang mereka mahukan.. So, sila catit ye ibubapa sekalian. Dan minta pihak yang berkenaan tolong update info ini di eSPPSEL.

List terbaru Mac 2013. Bil utiliti tuh, mereka mau yang original ye. Pastikan bil dah bayar. Hehhehehe.

Yeaayy... tak sabar nak sekolah bersama abang dan kakaknya. Ada macam cikgu-cikgi tak?

So kenalah kami datang semula utk htr sampul surat tersebut. Nasib baik rumah dekat jer. So pengajarannya kepada diri sendiri jugak, adalah lebih baik/patut telepon sekolah dulu sebelum pergi utk apa2 acara/pendaftaran pun. Sebabnya maklumat selalu jer tak cukup di internet! Bilakah perlu jadi efficient wahai pihak2 tertentu?

Katak & Kodok (kalau dieja dari depan dan belakang sama jer!)

Assalamualaikum,

Kelmarin, lepas menghabiskan wang saku kekasih hati di fiesta Hot Air Balloon, kami ke pameran katak dan kodok pula. Punyalah excited nak tengok live katak kaler biru tuh kan. Pameran ini diadakan di:

Muzium Alam Semulajadi (MAS),
Jalan Diplomatik, Presint 15, Putrajaya.
Masa: 9 pagi - 5 petang
Tarikh: 22 Mac hingga 22 April

Kalau tak jumpa, call muzium: 603-8890 2884. Hehehhee, sesat gak semalam. Jom nengok apa beza antara KATAK dan KODOK.

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 Inilah katak biru yang BERACUN. Berhati-hati ye!!
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 Cer cari mana dia? 
Nampak tak jelingan tajam KATAK BERTANDUK di bawah ni?
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 Katak daun. Dia melekat kat bawah daun tuh. 
Gambar kurang jelas, so uolls kena pergi dan lihat sendiri! :P
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
 Corak batik pun ada. Cute sgt!!
Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya.
Sangat berbaloi utk pergi, sbb ntah bila lagi kita boleh jumpa spesis2 sebeginikan? Tiket dewasa hanya RM2 manakala kanak2 FREE jer. Waktu lawatan seperti tertera diatas.

Shonna: Kat rumah pun byk katak, tapi tak comel mcm kat sini... hehehhehee...

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Festival 2013

Ahad 31st Mac 2013, yakni semalam, sempat jua kami menjemurhadirkan diri ke 5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival 2013. Seawal pagi kami dah ke Putrajaya, malangnya tiket air ballon dah habis. Argghh.. sedih betul! Takkan nak terpacak sebelum subuh kan? So takde rezeki kami kali ini. InsyaAllah tahun depan, lagipun Izz masih tak cukup tinggi nak naik. Ceh nak sedapkan hati.

5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival
5th Putrajaya International  Hot Air Ballon Festival
Kami terus cari booth UNO, sbb tau ade uno challenge. Saja nak menghabiskan masa menceriakan suasana sbb tak sanggup nak ngk muka sedih Qistina tak dpt beli tiket air balloon. Keshian anak mama! So awal lagi dah belikan Izz bubble supaya dia boleh layan diri sementara tunggu Qistina & Farris main games.
Giant Buble
Giant Buble
Asian UNO Challenge 2013
5th Putrajaya International Hot Air Ballon Festival
2nd round uno games!
Memang tak menghampakan, Qistina dpt saguhati sementara Farris dapat 1st place. Yeehaaaa... farris boleh ke Semi Final di One Utama pd  31st May - 1st June 2013. Tapi dia tak minat. Pelik btul!

Terus ke Green Zone (Extreme Challenge), nak cari paint ball. Farris duk ingat boleh duk tembak org, rupanya tembak botol yer. Frust lagi, tapi layan jelaa. :P
5th Putrajaya International Hot Air Ballon Festival
Layanlah tembak botol jer.
 

Then main Hamster Roll, ermm, amat tak berbaloi dengan bayaran RM20 untuk seorang. Tapi dalam website dia tulis RM10 jer. Itu yang tak puas hati tuh.


Lebih Berbaloi naik Segway ni walaupun RM25 per person. Bukan main 15 minit.. mau setangah jam jugaklah.
Segway

Segway
Izz tableh naik sbb masih kecil, uhhuukkk..
Dan lebih berbaloi-baloinaik yang ini... pusing berkali-kali di tengahari buta. Badan semua dah tak larat, tapi masih nak main jugak sbb keshiankan si kecik yang tak dapat main apa2 lagik.



Overall, nextime boleh datang lagi, tapi pastikan lepas subuh terus gerak beli tiket. Kan? So insyaAllah next year kita naik Air Balloooooonnnnnnnnnnnn!!!
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...