Serangan Sesak Nafas

Assalamualikum,
Ini hanyalah catitan untuk peringatan diri sendiri, supaya lebih menjaga kesihatan dan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.

Kata orang "Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. 

Shonna

Semalam dalam seumur hidupku, diserang sesak nafas yang rasa macam nak tercabut nyawa dari badan. Berlaku secara tiba-tiba dan ianya memang sakit, sakit yang amat sangat. Sebelum diserang shonna ada makan sandwich telur dalam 2-3 keping yang dibuat sendiri utk anak-anak, then naik bilik untuk sambung packing barang. Tetiba rasa sakit perut, masuk toilet then rasa semput tetiba. Keluar jer toilet terus terasa sesak nafas, bukak baju semua sebab dada rasa tak boleh bernafas, motif buka baju? mencari ruang untuk oksigen masuk (tak boleh berfikir logik dah time ni) Rasa dada sangat sempit dan nafas turun naik sangat laju.

Capai towel, berkemban lari kebawah bukak pintu tingkap nak cari oksigen.. boleh gitu? Time nie rasa memang teruk sangat-sangat dan sangat panik. Tolong, nak oksigen, nak oksigen! Mr Hubby dan anak2 hanya boleh tengok, tak boleh nak bantu apa. Keshian mereka, tak tahu nak bantu macamana. Cuba untuk tidak panik dan control pernafasan tapi masih sama. Uwargghh nak nangis tapi tak boleh.

Terus ajak Mr Hubby ke klinik, dah tak boleh tahan, rasa nyawa dihujung tanduk. Sarung apa yang patut terus pecut ke klinik. Ambil nab baru rasa lega sangat-sangat, w/pun masih ade semput sikit dan sakit kepala. Fuh, sangat ngeri kejadian begitu. Kata doktor, banyak kemungkinan boleh terjadi hal-hal macam nie, mungkin asthma sahaja, mungkin disebabkan oleh habuk, carpet, kucing, pemakanan. Entahlah!

Balik klinik, kepala pula yang sakit sangat, rehat dan tertidur atas sofa. Malam pula diserang migrain, hah amik kau, semua benda sakit. Semua benda keluar balik, baik dari atas baik dari bawah, habis semua keluar, perut rasa ketat dan kosong. Makan ubat migrain (Thank you kat Farris Danish yang bagi makan ubat dan picit kepala mama) dan terus tidur sampai pagi. Sangat-sangat bernasib baiklah Mr hubby dah balik outstation selama 2 minggu. Syukur sangat-sangat, terima kasih papa!

Dan pagi ini, menggooglekan diri untuk mencari persamaan dengan sesak nafas yang shonna alami semalam.

Ini hasilnya:
1.      Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).

2.      Punca sesak nafas mungkin disebabkan penyakit paru-paru obstruktif kronik, asma, radang paru-paru-paru, penggumpalan darah di paru-paru, atau apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan jantung dan paru-paru. Kesukaran untuk bernafas perlu diberikan perhatian yang secukupnya kerana ia boleh menyerang mangsa pada bila-bila masa sahaja. Sumber

Tindakan segera:
Sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan  atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk,  bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.

Ada juga terbaca disebabkan gastric, serangan panik dan macam-macam lagi yang boleh menyebabkan sesak nafas secara tiba-tiba. Bila banyak sangat info, rasanya shonna perlu mendapatkan pemeriksaan lanjutan di hospital berdekatan. Risau juga kalau betul ianya berkaitan dengan masalah jantung kan. Doakan semoga shonna dan kita semua dijauhi dari segala penyakit. Sama-samalah kita menjaga pemakanan dan kesihatan. Ameen.

Shonna: Menjadi pengalaman dan pedoman untuk hidup lebih bermakna, Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan akhirat! Sesungguhnya engkau maha mengetahui dan maha penyayang!  

3 comments:

Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...