USS Singapore Promotion Ticket 2013!

Assalamualaikum wbt...

Bermula dari hari ini sehingga 30 June 2013, Universal Studios Singapore ada membuat promotion SUPERDEAL untuk tiket murah sempena cuti sekolah. Tiket hanya berharga RM168 untuk dewasa, dimana harga retailnya ialah RM186. Bukan itu sahaja, tetapi mereka juga memberi FREE lunch (halal), FREE snack (halal), FREE shopping voucher dan FREE parking utk satu hari. WOW!!! berbaloi-baloikan!!  

Bolehlah buat trip sempena cuti sekolah hujung minggu ini, yang bermula dari 24hb May - 9th June 2013 kan.

Bila dah kira-kira dengan my friend, Faeizah berdasarkan pengalamannya ke USS Singapore, inilah jumlah yang boleh kita JIMAT! Thank you Fae!!

Tiket: RM186 - RM168 = Jimat RM18
Lunch: SGD23*RM57.50*
Snack: SGD10* = RM25*
Voucher: SGD5 = RM12.50
Parking: SGD26 = RM65
Total:  SGD64 = RM178

* harga berdasarkan sukahati tuan tanah + member tuan tanah + kakak travel agent yg tuan tanah gi beli ticket. Bahasa mudah, lebih kurang punya hargalah, berdasarkan apa yang kurang pilih untuk makan nanti sebab ada option.

Oh ye, hanya ticket dewasa sahaja yang ada promotion, ticket kanak-kanak pula shonna dapat dengan harga RM125 sahaja. Masih murah berbanding dengan harga di luar.

Untuk mendapatkannya, uolls boleh beli online dari RWSentosa sendiri, atau pun dari mana-mana travel agents yang dilantik. Shonna beli dari travel agent yang berhampiran my office di area Jalan Raja Laut. Sesiapa yang berhampiran dengan my office, bolehlah message me, nanti shonna bagi contact number. 

If dah beli ticket nanti, pastikan uolls ke kedai makan yang halal ye sebab ada 2 option kedai, salah satu sahaja yang halal. Boleh redeem terus lunch dan snack sebab lunch voucher tidak diberi air. Snack simpan petang-petang sket. Hehehehe...

Universal Studios Singapore
Ini semua yang akan kita dapat untuk USS ticket yang berharga RM168. Berbaloi!

Universal Studios Singapore
Our USS ticket. Label siap-siap supaya tak kelam kabut. Mak ni suka tak tentu arah gak kadang-kadang tuh.


Menyahut Cabaran Minum 4 Liter Air Sehari.

Assalamualaikum.

Betul ker minum air kosong boleh mengurangkan berat badan? Yang shonna tahu badan kita memang perlukan air kosong 8 gelas sehari, gelas besar mana, shonna pun tidak pasti. Kalau cawan kopi biasanya hanya 350ml, dikali 8 baru 2.8 liter. Rata-rata carian google dan merayap dari blog ke blog tengahari tadi, memang ade testimonial yang menyatakan kebenarannya.

Kenapa tiba-tiba entry pasal air ya? Actually, telah dicabar oleh seorang member lama untuk sama-sama menjaga kesihatan diri. Lama dah dia mengajak shonna ber aerobic di Taman Bukit Jalil pada setiap ahad pagi. Diriku memang rajin bersenamkan? Namun setiap kali berhari ahad, diriku yang comel ini tidak pernah mau munculkan diri. 

Nah kau, satu hari secara tiba-tiba dia memunculkan diri di depan rumah. Kekekekeke, mana mahu lari? Hahahahaa.. payah sangat nak ajak berjoggingkan. So, selepas kena lecture, ambil berat badan, kira kalori, kira air, kira macam-macam lagi. Tara... ini cabarannya minum 4 liter air kosong sehari dan jaga makan.

Berapa liter air sebenarnya yang diperlukan? 2, 3 atau 4 liter? Ada yang terbaca tadi, ikut bilangan berat seseorang. Bila kira, berat shonna yg 78kg (opps, sangat berat ya) perlukan 4 liter sehari. Hah amik kau! semput nak menghabiskannya. Tapi ada cara bagimana nak minum dengan efektif, bukan terus minum 4 liter sampai kembung. Minumlah sikit-sikit tapi selalu. Jangan tunggu haus baru minum. Namun perlu bersedia mental dan fizikal untuk ketandas lebih 15 kali ya. Shonna pun baru start minggu ini. Semoga berjaya menjadi lebih sihat ya. Fighting!


Formula untuk diri sendiri
4 liter sehari
Pagi 8.00 - 12.00 = 2 liter (500ml setiap jam)
Petang 2.00 - 6.00 = 1.5 liter
Malam = 500ml

Sempat juga mencari link-link pemakanan yang betul dan sihat dari Kevin Zahri @Cikgu Fitness. Buku kat rumah pun ada juga yang telah bertahun-tahun dibeli oleh En Hubby. Dia memang diet ala Kevin Zahri (di suatu ketika dulu) hehehehehee.
http://kevinzahri.com/
http://www.cekodok.com/

Yakinkan diri dan tekad ya Puan Shonna dan En Hubby! Semoga berjaga membentuk keluarga yang sihat dan bahagia. Ameen.

Bila si mama kena tegur dengan Qistina Qaisara...

Dear Qistina,

Selamat menjalani peperiksaan Pertengahan Tahun yang bermula hari ini 8hb May 2013. Untuk student SKTD, jadual peperiksaan di SINI ye, cuma perlu anjakkan tarikh bermula dari hari ini 8hb, kerana cuti sempena pilihanraya ke 13.


Qis, maafkan mama sebab asyik upload aktiviti di sekolah Tadika Sri Ara sahaja. Lepas ni, mama kena bersosial di Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium, Seri Kembangan pula ya.

Katanya: "Mama ni, asyik-asyik Tadika Sri Ara! Asyik-asyik aktiviti Izz jer!" Alamak, anak gadis shonna sudah bising. Opppsss, kenalah bersosial dengan cikgu-cikgu sekolah Qis pula ye.

Lagipun gotong royong SKTD dah lepas, mama tak sempat pergi sebab ade convocation student. So kena tunggu event lain ye. Hehehheee... itulah papa dan qis pergi tapi tak ambil gambarkan? So camner nak cerita dalam ini. Next time, kenalah rajin bergambar ye. Bolehlah mama tolong upload lepas Qis create karangan nya.

Sebagai rujukan mama:
Facebook SKTD: PIBG SK Taman Desaminium
Blog: http://sktdesaminium.blogspot.com

Iklan kejap, untuk yang minta no telephone, sorry terlupa hendak update info ini. Jangan marah lagi ye Qis. :P



PRU13 - 5.5.2013

Assalamualaikum wbt...
Berakhirnya PRU13 Malaysia dalam pukul 12.50 (6.5.2013) tgh mlm tadi apabila Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional menang majoriti 2/3 kerusi parlimen. Bagi saya, semuapun menang.

Keputusan PRU 13 - Parliment
Keputusan PRU 13
Keputusan PRU 13 - DUN

Nak komen banyak pun tak pandai mana, tapi nak gak komen serba sikit sebab risau sangat dan sudahpun pukul 4 pagi namun mata saya masih tak mahu lelap.
Sebagai rakyat Malaysia sejati, saya bersyukur Barisan Nasional (BN) menang pada kali ini, (tak bermakna saya sokong atau tidak) walaupun ade segelintir ahli-ahli BN yg perlu diSEDARkan dari lamunan mimpi yg terlalu panjang.........

Marah? Memanglah hak kita utk marah. Macam-macam isu yg timbul, macam-macam persoalan perlu dijawap, namun kesahihannya belum pasti. Yang pasti hanya, yang sana mengutuk yang sini, yang sini mengutuk yang sanun, pusing-pusing situ juga. Alih-alih yang sana, yang sini dan yang sanun terperanjat dgn keputusan PRU kan? Baru sedar langit tuh tinggi rendah. Sikit lagi nak terngadah...
Aduhai, tidak kesiankah kita kepada kaum majoriti yg berpecah belah!! Bangunlah! Sedarlah! Takkan nak ubah jadi minoriti? Berapa lama mahu lagi begini? Apa salahkah kalau kita berSATU menjadi SATU Malaysia!

Cukup-cukuplah!
Jangan asyik-asyik marah sampai negara dijajah!
Janganlah asyik-asyik bising tanpa apa-apa tindakan yg positif!
Janganlah asyik-asyik bangkang tanpa ada sebarang pertimbangan!
Dan yang penting...
Jangan asyik-asyik salah guna kuasa bila telah diberi kepercayaan! Kan..

Saya berharap dan berdoa semoga AMANAH yg diberikan kpd seluruh pemenang PRU kali ini, dapat memberi manfaat yg besar kpd TANAHAIR kita. Kan bagus ada kerajaan dan pro kerajaan. Takdelah asyik kelaut saja nanti. Yang penting, kerjasama dlm memajukn rakyat dan negara.

Semoga PM kita dapat mentadbir Malaysia menjadi negara yang aman terutamanya dari sudut keharmonian pelbagai kaum, kestabilan ekonomi dan sebagainya. Mungkin ada yang masih nampak ianya kejayaan besar BN, namun bagi saya BN memegang amanat yang sangat berat kali ini.

Kita pula sebagai rakyat, janganlah kita hanya mementingkan diri dengan menunding jari kesana kemari tanpa risau perasaan orang/kaum lain. Sayangi MALAYSIA ok!! Kan Malaysia sebuah negara yang MAJMUK!

Dah tiba masanya kita dalam SEMUA PARTI bekerjasama untuk membangunkan MALAYSIA. Tetapkan OBJEKTIF yang kukuh, sama mencapai kata SEPAKAT, dan sama-sama menuju WAWASAN!! Peace....

SAYA CINTA KAN MALAYSIA YANG HARMONI!
SAYA SAYANG NEGARA SAYA!

p/s: Ini hanya pendapat personal saya, apa pun pendapat anda, saya menghargainya. Terima kasih. 

Shonna: menulis dr phone hati kecilku. Peringatan utk diriku jua, jangan sampai negara tergadai!

Tadika Sri Ara 10th Annual Sport Day, 27th April 2013

Assalamualaikum wbt...

Masih ingat lagi tak tentang invitation card dari Izz' Mirza Razin? Ha.. so sabtu lepas kami ponteng sekolah sebab nak tengok Izz bersukan. *kami - merujuk kpd Farris Danish & Qistina Qaisara. Alasan tak pegi sekolah, sebab dah rendam kasut since Friday night. Bijak kan? Yang bestnye, dgn kasut2 Izz pun mereka rendam, nak bersukan camner pagi esoknye? Tragis betul! Kalau terperasan malam jumaat tuh takpe gak, ini terperasan time pagi2 buta tuh.. Nak keringkan camner gaya nye? Uwaargghh... mama dia pulak rasa nak nangis! So abaikan, kita pakai kasut apa yang ade...

"Tadika Sri Ara 10th Annual Sport Day" bermula dalam jam 8.30 jugak, menunggu student & parents yang lewat sket. Biasalah hari cutikan, mana nak awal. Shonna pun hampir2 terbabas pagi tadi.

Bermula dengan acara perbarisan rumah merah, hijau, biru dan kuning. Alah, comel-comel nyer nengok murid-murid berkawat. Cuba kalau mak-mak yang berkawad, confirm lagi kiut! Di ikuti dengan persembahan dari pelajar yang berumur 6 tahun, Taekwondo Club dan acara sukan dari umur 3-6 tahun. Jom layan gambar yang shonna & Mr hubby sempat rakamkan.

Respect lah kat pembaca ikrar dan semua peserta yang berkawad dgn bersungguh-sungguh. (takut kena jerit ngan principle ye?.. kekkeke)
Persembahan dari semua murid sambil menyibarkan bendera malaysia.
Taekwondo Club show dari murid 6 tahun.


Oh ye.. kalau ada anak-anak yang nak join kelab Taekwondo disini, bolehlah call 012.3751139, mereka akan adakan kelas setiap hari jumaat malam.
Registration/Yearly Fees: RM50
Uniform: RM80.00
Monthly: RM50
Time: Every friday (8.00pm - 10.00pm)

Yeay... acara sukan dah bermula!!

Isi air luar dalam botol. Siap ada yang dah training dari rumah. Cayalah! Tapi bukan anak shonna lah.. Anak jiran punya jiran punya belakang rumah!. hehehhee... 

Musical chair time!
Sangat cemas tau time musical chair nie... tapi yang cemas tuh bukan budak-budak, tapi mak bapak mereka.. Boleh tak? Kekekkekekee... lawak betul time ni, mak bapak yang over okay!

Acara buka dan pakai kasut. hehehhehe...
Izz' Mirza Razin and Ilhan.
Posing time!!
Parents games, bola-bola beracun. Ada 2 biji bola tau, suspen betul games ni, mendebarkan juga.
Ini acara paling tragis kan Izz. Nangis sekuat hati.
Trophy lagi.

Goodies bag! Mama sker, bley makan byk2!
Untuk elakkan dia nangis bagai nak rak, baiknya mama pun duduk sama.

Yeay... mama menang gak! 3rd place. Jadilah dari takde. Inilah teacher Puspa!
Dibelakang ialah teachers yang bertungkus lumus menjayakan acara sukan kali ke sepuluh ini.

Sport Day Tadika Sri Ara, Lestari Pardana, Seri Kembangan
Finally, nak juga dia bergambar kenangan dengan trophy yang telah dimenangi. Puas den pujuk! adehai..
Shonna: Letih betul tapi puas melayan karenah anak2 yang kadangkala menduga kesabaran kitakan.

Alumni UiTM Malaysia - Kejohahan Bowling Berpasukan 2013

Assalamualaikum wbt...

Pada sabtu lepas, 27 April 2013 bertempat di Bowling Mega Lanes, Sunway Pyramid telah diadakan Kejohanan Boling Berpasukan yang dianjurkan oleh Biro Sukan dan Sosial, Alumni UITM Malaysia yang diketuai oleh En Hj Osman Bin Hj Ismail.

Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Dr. Ainul Azrin Bin Adam selaku Ketua Jaringan Alumni Uitm Malaysia. Dan seramai 33 pasukan telah mendaftar, menjadikan jumlah peserta ialah seramai 132 orang.

Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang aktiviti atau ingin menjadi ahli, boleh terus bertanya ke FB: pusatperhubunganalumni

Tetiba ayat shonna tersangatlah skemakan. Jom nengok gambar je... tapi sorry ye, gambar byk bluuurrr...

Antara ahli jawatan kuasa yang hadir.
Cabutan nombor bertuah oleh En Syahril Akmar, manakala emcee nya ialah Cik Abid.

En Syahril Akmar, Dr. Ainul Azrin dan En Osman Ismail.

Jatuhan Pin Lelaki Terbanyak.

Jatuhan Pin Wanita Terbanyak. (Sorry kak, gambar sgt blur.)

Tempat Pertama: Pasukan Jebat

Tempat Kedua: Pasukan X-Pin
Tempat Ketiga: PasukanBrilliant
Tempat Keempat: Pasukan 4 Cus

Tempat Kelima: Pasukan Rimba Bara
Tempat Keenam: Pasukan Tru-Ex
Tempat Ketujuh: Pasukan 2Ju
Tempat Kelapan: Pasukan Kami Biasa-biasa Je
Tempat Kesembilan: PasukanGwiyomi
Tempat Kesepuluh: Pasukan X Bowl.
Acara bermula dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam. Keseluruhan acara sangat meriah, dan semua peserta sangat hebat. Sangat terpegun, nasib baik kami tak main sama, kalau tidak confirm jadi pemenang terbanyak masuk longkang. Heheheheee..

Untuk yang nak tahu lebih lanjut tentang Mega Lanes, Sunway Pyramid, boleh klik SINI.
Contact No: 603.7492307. Fax No: 603.74926310

Bagi sesiapa yang ingin download original photo, boleh ambil dari SINI. If sesapa yang ade share gambar, please inform me untuk masukkan link uolls.

Oh ye.. Selamat Hari Pekerja buat semua rakyat Malaysia, alhamdulillah hari ini juga genap 13th Ulangtahun Perkahwinan kami. Tapi hari nie takde citer pasal ulangtahun anniversary pun, insyaAllah next entry k.

Shonna: If information shonna tak tepat, please email me at shonna_m@yahoo.com. TQ.
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...