Pendaftaran Sekolah Murid-Murid Darjah 1 sessi 2014/2015 di Selangor, apa yang shonna faham, ianya boleh dibuat dalam 2 cara. Bagi ibu bapa yang mempunyai kemudahan internet, bolehlah membuat secara ONLINE. Manakala yang tiada akses internet, bolehlah mendapatkan bantuan dari pihak sekolah dgn membawa terus dokumen yang diperlukan. (List dibawah)
Actually bagus juga jika proses ini dilakukan secara ONLINE, dapat menjimatkan masa dan tenaga, kurangkan penggunaan kertas, elakkan kesesakan di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Ini barulah work smart kan!!!
Untuk Pendaftaran secara ONLINE.
Ibu bapa dikehendaki membaca PENGENALAN SISTEM dan memahami semua kandungan di dalam TATACARA DAN PANDUAN untuk mengisi permohonan.
Semasa membuat PERMOHONAN ONLINE, pastikan semua kod dan maklumat adalah tepat untuk megelakkan permohonan ditolak atau gagal. Setelah lengkap, slip permohonan perlu diCETAK dan perlu dibawa ke sekolah bagi tujuan mengesahan Perakuan Permohonan dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan bersama-sama senarai dokumen (asal dan photostat) yang di pinta seperti:
- Cetakkan borang pendaftaran online
- Bil (telephone/air/letrik) daripada alamat rumah yang didiami
- Surat beranak/Sijil kelahiran anak yang didaftarkan
- Kad MyKid
- Kad pengenalan ibu bapa
- Sijil perkahwinan
Graf dibawah, shonna visualkan supaya uolls nampak flow/standard operation procedure (SOP) nya. Kalau salah minta diberitahu kay. Hehehheee...
![]() | |
Module dalam Aplikasi ESPP Selangor |
p/s: Shonna dah daftar si bongsu. Link disini.
YEAH BUT HOW IF I HAVENT PRINT IT OUT YET BUT I ALREADY CLOSED IT BOLEH X BG WEBSITE KEMASKINI THE INFOMATION
ReplyDelete