Salam,
Rasa nak pengsan pun ada, rasa terawang-awangan pun sama ada. Sempena cuti Thaipusam semalam, pepagi buta mak dah bertreatmill dgn membakar kalori 531 selama sejam (baru burn 1.5 keping roti canai jer ni). Masih tidak push to maksimum limit, badan rasa berat sangat.
Petangnya, kami bertujuh; Shonna, Nana, Leya, Tini, Azizah termasuk mr & mrc coach ke Taman Bukit Jalil untuk berjogging. Saat dan ketika ini, mmg menduga stamina utk buat 3 kali pusingan (2km x 3 kut) dan naik turun tangga sebanyak 3 kali. Aduh kejong segala usus perut. Hahahhaa.. malam kaki lengguh x ingat. Demi utk mencapai target, kugagahi jua. Chaiyokk!! Tak cukup nafas ooooOoOo..
Dan hari ini, 30 rules class dan masa untuk ambil berat badan terkini. Alhamdulillah turun sikit. Ada yang turun 2 kg ++, mrk mmg x makan nasi. Adakah diet this week no NASI walaupun segenggam? Fuh.. mental kena kuat ni. Jauh lagi perjalanan ni. Wish me luck kay!
1st week of #JK1M, ikut target yg planned. Turun 1 kg 1 minggu, DONE!! Syukur sangat.
11/1/2014:75.5kg
18/1/2014: 74kg