Memandu kereta ke Singapore.

Salam, pengalaman pertama memandu masuk kereta ke Singapore sangat mengerikan kalau tiada GPS. Bukan saya yang memandu kereta, tapi En suami yang memandu sepanjang di sana. Pastikan anda membawa GPS yang tidak memerlukan internet line yer. Pada mulanya kami guna Waze, sampai Singapore terus tiada direction, sebab bila masuk Singapore, line telephone terus tiada. Handphone hanya bertindak sebagai kamera sahaja. Gegegegege. Sib baiklah dah print out map ke hotel dan USS. Selamat sikit.

Terdapat dua laluan untuk masuk ke Singapore dari Malaysia. Yang pertama ialah dari Tambak Johor (Woodlands)  dan Link Kedua (Tuas). Mengikut pencarian di google, katanya bayaran tol dari Tuas lebih mahal dan jauh sedikit tetapi laluannya tidak terlalu sesak berbanding dengan Woodlands.

Untuk percutian yang julung kali ini kami masuk dari Woodlands. Seawal 9am selepas breakfast di hotel, kami terus ke petrol station yang  berhampiran untuk mengisi penuh tangki minyak kereta, almaklumlah perut masing-masing sudah diisi, kereta pun minta diisi juga. Sempat juga membeli bekalan makanan/jajan untuk stok di Singapore nanti. Selagi boleh berjimat, berjimatlah ye. Tak gitu? Perumpamaan perbezaannya seperti harga cokelat OREO di Singapore dan Malaysia memang sama 3.80 sebungkus, yang bezanya tanda yang depan itu RM3.80 dan SGD3.80. Cer kali dengan 2.5, bersamaan RM9.50. Tapi kalau anda bukan dalam budget trip, boleh skip tips ini.

Sepanjang jalan di Johor Bahru, tak susah sebenarnya nak cari signage Woodlands. Pastikan masuk mengikut laluan yang betul di Woodlands/Tuas. Kalau anda memandu kereta, pastikan masuk ke laluan kereta. Kalau naik bas, pastikan driver bas bawa anda masuk laluan yang betul juga.

Semasa di imigresen Malaysia, hanya perlu memberi salam, hulurkan kesemua passport dan buka tingkap kereta untuk tunjukkan  muka. Pastikan passport masih valid 6 bulan ye.

Manakala di imigresen Singapore, selepas memberi salam, hulurkan passport bersama form putih (white form) dan juga buka tingkap kereta. Jika boleh white form diisi lebih awal untuk mempercepatkan proses di imigresen. Boleh di dapati dari travel agent ataupun di hotel-hotel penginapan di Johor. Jangan hilangkan sebahagian white form yang telah dicop disini, ianya perlu untuk keluar dari Singapore nanti. Proses di imigresen Singapore selesai selepas bonet kereta dan dalam kereta di periksa oleh pegawai kastam mereka.

Bila memandu di Singapore, kereta yang dibawa perlu di registerkan untuk mendapatkan Autopass. Ianya umpama permit kereta luar yang masuk ke Singapore. Dokumen yang diperlukan ialah geran kereta, road tax yang sah, passport pemandu. Boleh beli selepas imigresen Singapore ataupun di SLA (Singapore Land Authority) di 10 Sin Ming Drive, Singapore. Bayaran akan dikenakan dan baki kad hanya ada SGD4.

Singapore Autopass
Singapore Autopass
Sila top up kad autopass anda di 7eleven yang berhampiran jika kad anda mempunyai cip. Jika tiada cip (seperti kami), boleh top up di tempat yang disediakan ataupun di laluan balik ke Malaysia nanti Autopass ini juga digunakan di tempat-tempat parking kereta seperti di universal studio singapore. Fungsinya sama sahaja seperti kad touch and go yang digunakan di Malaysia.

Singapore Autopass
Add caption

Jangan panik jika lalu di laluan ERP (Electronik Road Pricing), bagi kereta luar yang tidak mempunyai IU [(In-Vehicle Unit) seperti Smart Tag], sistem tol mereka akan detect semua jalan yang telah kereta kita lalui dan bayaran akan dikenakan semasa keluar dari Singapore nanti. Hehehee, so kena clearkan semua hutang dan saman sebelum keluar Singapore ye. Cuma perlu kira berapa nilai ERP (Electronik Road Pricing) yang telah anda lalui dan top up sebelum keluar Singapore nanti.

Pada hari pertama, kami hanya parking kereta di hotel dan mengambil teksi untuk ke Merlion Park dan Mustapha Centre. Rasanya lebih menjimatkan masa dari mencari jalan dan parking di sana. Tambangnya juga tak sampai SGD10 untuk setiap tempat. Setiap laluan ERP yang dilalui oleh teksi, secara automatik akan dicampurkan ke tambang kita. Dan ada  juga laluan ERP yang ditutup mengikut hari.

Pada hari kedua, kami memandu kereta ke Universal Studio Singapore. Seharian disana, kami bergegas keluar dari Singapore pada pukul 8.30 malam melalui Tuas highway. Jika perlu top up autopass, terdapat signboard "top up auto pass" sepanjang jalan ke Tuas. Selepas En Suami top up SGD10 autopass di laluan Tuas (Link kedua), kami terus ke imigresen Singapore. Bayaran yang dikenakan dari Sentosa ke Tuas ialah SGD11.50. Bayaran ini bergantung laluan yang anda lalui.

Setelah melalui ke dua-dua pintu masuk, mungkin highway Tuas lebih senang untuk ke Universal Studio Singapore.

Rasanya ini sahaja pengalaman yang kami lalui sepanjang dalam kereta dari Woodlands - Singapore - Tuas. Hopefully dapat membantu memberi info serba sikit dan sebagai panduan semula kepada kami jika ingin ke Singpore semula.

Kesimpulannya, keperluan untuk kali pertama memandu masuk ke Singapore ialah:

1. Passport
2. White Form
3. Geran kereta
4. Road tax
5. GPS
6. Autopass
7. Isi penuh minyak kereta
8. Beli jajan anak-anak

Shonna: InsyaAllah, akan memandu lagi ke Singapore kalau dipanjangkan umur.

Serangan Sesak Nafas

Assalamualikum,
Ini hanyalah catitan untuk peringatan diri sendiri, supaya lebih menjaga kesihatan dan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi.

Kata orang "Kekayaan Sebenar Adalah Anak-anak dan Kesihatan" Banyak harta tiada gunanya sekiranya jasad terbaring tidak bermaya, menghitung saki-baki nyawa, mengimbau noda-noda dosa. 

Shonna

Semalam dalam seumur hidupku, diserang sesak nafas yang rasa macam nak tercabut nyawa dari badan. Berlaku secara tiba-tiba dan ianya memang sakit, sakit yang amat sangat. Sebelum diserang shonna ada makan sandwich telur dalam 2-3 keping yang dibuat sendiri utk anak-anak, then naik bilik untuk sambung packing barang. Tetiba rasa sakit perut, masuk toilet then rasa semput tetiba. Keluar jer toilet terus terasa sesak nafas, bukak baju semua sebab dada rasa tak boleh bernafas, motif buka baju? mencari ruang untuk oksigen masuk (tak boleh berfikir logik dah time ni) Rasa dada sangat sempit dan nafas turun naik sangat laju.

Capai towel, berkemban lari kebawah bukak pintu tingkap nak cari oksigen.. boleh gitu? Time nie rasa memang teruk sangat-sangat dan sangat panik. Tolong, nak oksigen, nak oksigen! Mr Hubby dan anak2 hanya boleh tengok, tak boleh nak bantu apa. Keshian mereka, tak tahu nak bantu macamana. Cuba untuk tidak panik dan control pernafasan tapi masih sama. Uwargghh nak nangis tapi tak boleh.

Terus ajak Mr Hubby ke klinik, dah tak boleh tahan, rasa nyawa dihujung tanduk. Sarung apa yang patut terus pecut ke klinik. Ambil nab baru rasa lega sangat-sangat, w/pun masih ade semput sikit dan sakit kepala. Fuh, sangat ngeri kejadian begitu. Kata doktor, banyak kemungkinan boleh terjadi hal-hal macam nie, mungkin asthma sahaja, mungkin disebabkan oleh habuk, carpet, kucing, pemakanan. Entahlah!

Balik klinik, kepala pula yang sakit sangat, rehat dan tertidur atas sofa. Malam pula diserang migrain, hah amik kau, semua benda sakit. Semua benda keluar balik, baik dari atas baik dari bawah, habis semua keluar, perut rasa ketat dan kosong. Makan ubat migrain (Thank you kat Farris Danish yang bagi makan ubat dan picit kepala mama) dan terus tidur sampai pagi. Sangat-sangat bernasib baiklah Mr hubby dah balik outstation selama 2 minggu. Syukur sangat-sangat, terima kasih papa!

Dan pagi ini, menggooglekan diri untuk mencari persamaan dengan sesak nafas yang shonna alami semalam.

Ini hasilnya:
1.      Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).

2.      Punca sesak nafas mungkin disebabkan penyakit paru-paru obstruktif kronik, asma, radang paru-paru-paru, penggumpalan darah di paru-paru, atau apa-apa sahaja penyakit yang melibatkan jantung dan paru-paru. Kesukaran untuk bernafas perlu diberikan perhatian yang secukupnya kerana ia boleh menyerang mangsa pada bila-bila masa sahaja. Sumber

Tindakan segera:
Sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan  atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk,  bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.

Ada juga terbaca disebabkan gastric, serangan panik dan macam-macam lagi yang boleh menyebabkan sesak nafas secara tiba-tiba. Bila banyak sangat info, rasanya shonna perlu mendapatkan pemeriksaan lanjutan di hospital berdekatan. Risau juga kalau betul ianya berkaitan dengan masalah jantung kan. Doakan semoga shonna dan kita semua dijauhi dari segala penyakit. Sama-samalah kita menjaga pemakanan dan kesihatan. Ameen.

Shonna: Menjadi pengalaman dan pedoman untuk hidup lebih bermakna, Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku di dunia dan akhirat! Sesungguhnya engkau maha mengetahui dan maha penyayang!  
Powered by Blogger.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...